MB Terengganu Hilang Sokmo

MB Terengganu Hilang Sokmo

‘MB Hilang’, kata musuh.

Tuduh mereka lagi, MB sentiasa berada luar Terengganu.

Tidak dinyatakan kayu pengukur tuduhan itu kerana menurut rekod Pejabat MB, beliau lebih banyak berada di Terengganu dengan program-program yang disertai sebagai bukti.

Dan umum juga maklum yang Kerajaan Terengganu ada banyak masalah yang ditinggal kerajaan sebelum ini.

Jadi MB terkadang terpaksa ke keluar bagi menyelesaikan hal-hal sebegini.

Dan jelas yang cara rundingan beliau amat disenangi banyak pihak termasuk Tun M sehingga berjaya membawa pulang, royalti, hutang LPT2, kurangkan hutang negeri kepada pusat, Jambatan Marang dan banyak lagi yang semuanya bernilai berbilion ringgit.

Barisan Exco Terengganu pula mengambil tanggungjawab sepenuhnya membantu MB.

Alhamdulillah, nyata sekali, MB mempunyai barisan Exco yang kompeten, dipercayai dalam menjalankan amanah dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi.

Selain itu, YAB MB sebagai Naib Presiden PAS, wajib menghadiri beberapa pertemuan yang penting bagi mengekal atau memperkuatkan lagi kerajaan yang ada dalam PRU nanti.

Tahun pertama kemenangan adalah tahun kritikal.

Presiden PAS juga ketika menjadi MB terpaksa berulang alik ke sana sini bagi menyelesaikan beberapa tugas penting di luar Terengganu, ia adalah biasa kerana mesyuarat penting memerlukan mereka berada secara langsung.

Jadi fitnah adalah salah satu cara musuh untuk alihkan isu kejayaan PAS Terengganu.

Faham sekarang?

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis Terengganu