Surat Terbuka Kepada Zahid Hamidi

Surat Terbuka Kepada Zahid Hamidi

Assalamualaikum WW.

Satu perkara perlu saya akui bahawa pendedahan Tajuddin banyak benarnya.

Saya berada dalam cycle dan area Istana dua tiga malam itu, bahawa UMNO kembali memerintah di Putrajaya adalah dengan persetujuan solid TS Muhyiddin Yassin, DS Hj. Hadi Awang dan rakan-rakan di Sarawak/Sabah hanya kepada nama Ismail Sabri sahaja.

Memang benar kata Tajuddin pada malam itu, paling sukar bersetuju ialah UMNO daripada kumpulan minoriti Zahid yang mempunyai pelan lain untuk melantik orang lain.

Namun, Zahid dan juga Najib akhirnya mengalah kerana hanya Ismail Sabri sahaja mendapat sokongan solid BERSATU, PAS, rakan-rakan di Sarawak/Sabah.

Kumpulan Tun Dr. Mahathir sendiri ketika itu bersetuju dengan nama Ismail Sabri.

Sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, Zahid sering berlagak pembangkang di dalam kerajaan, atau kadangkala seperti termimpi-mimpi masih memegang jawatan Menteri KDN/TPM.

Sedarlah Zahid, masa dan era kamu sudah berlalu.

UMNO tidak boleh menjual poster boy kamu di kampung-kampung, Felda apatah lagi di bandar dengan kes rasuah kamu yang merosakkan jenama UMNO dan memalukan Negara di luar negara.

Belajarlah daripada Tun M, meletak jawatan pada tahun 2003 apabila membaca suasana politik tidak memihak kepadanya, dan kembali semula pada PRU14 apabila melihat keadaan kembali memihak kepadanya.

UMNO menang di Melaka dan Johor kerana tidak ada poster kamu.

Di samping faktor-faktor lain seperti kebencian majoriti rakyat dengan pemerintahan 22 bulan PH.

Rakyat mahu kembali kepada UMNO dan BN tetapi tidak kepada kamu.

Jika UMNO hendak menang besar PRU15, kena ada wajah yang sejuk mata memandang, tiada kes Mahkamah dan wajah seorang Perdana Menteri.

Setakat ini, bantuan-bantuan yang diberikan Perdana Menteri Ismail Sabri telah berjaya memikat hati rakyat.

Di PRN Sabah tempohari, bukankah kamu lari dari medan perang.

Kamu balik ke KL ketika UMNO Sabah bertungkus-lumus.

Kamu balik kerana teruja dengan rundingan bersama kem Anwar.

Terpaksalah Bung Mokhtar bersendirian.

Nasib baiklah UMNO menang 12 dan mendapat jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Di Putrajaya, dengan tidak sampai 39 ahli parlimen dalam Kerajaan sekarang, sangat minoriti tetapi Perdana Menteri Ismail Sabri berjaya mentadbir Kerajaan sebaiknya.

Bayangkan jika UMNO menang 100 kerusi seperti dahulu, sudah pasti Ismail Sabri boleh membuat polisi-polisi yang lebih baik dalam Kerajaan.

Sedar-sedarlah UMNO hendak berperang dalam PRU15, tetapi dengan seribu satu kisah Presiden UMNO di Mahkamah, rasa-rasanya UMNO boleh menang besar?

Kenapa kamu tidak boleh berjiwa besar meletak jawatan seperti Najib, tumpukan kes di Mahkamah dahulu.

Jika dibebaskan, kembalilah memimpin UMNO semula.

Satu-satunya kegagalan *ABIM dan Cikgu Anwar ialah tidak mengajar kamu berundur satu langkah ke belakang*.

Cuba bayangkan jika PRU15 nanti UMNO dikemudi oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

UMNO dan Kerajaan boleh bergerak selari, sesemangat, satu derap, satu direction dan akhirnya yakin dan mengundi UMNO semula.

Itulah rahsia kejayaan GPS di Sarawak, Presiden parti dan Ketua Menteri orang yang sama mengemudi PRN Sarawak dengan penuh yakin dan menyakinkan rakyat.

GPS menang besar!

Belajar-belajarlah dari Sarawak!

Fikir-fikirkanlah Zahid!I

khlas drpd,

Ahli UMNO 1990

Isu Semasa