Menteri Agama sedang berada di Mekah memastikan kelancaran pergerakan jamaah haji Malaysia di sana.
Penegasan Tabung Haji bahawa mana-mana syarikat travel swasta tidak boleh menawarkan pakej haji melainkan syarikat yang telah disenaraikan oleh Tabung Haji sebagai Pengelola Jamaah Haji (PJH)
Menteri Agama telah menyatakan bahawa beliau meminta siasatan terperinci agar mereka yang bersalah diheret ke muka pengadilan.
Untuk menerbangkan jamaah bagi melaksanakan haji bukan semudah perjalanan Kuala Lumpur ke Rengit.
Apatah lagi hari kejadian adalah pada malam hari khamis yang pasti keesokannya adalah hari wukuf arafah.
Ianya MEMERLUKAN VISA HAJI dan KAPAL TERBANG KHUSUS.
Apakah visa dapat disiapkan dalam masa SATU MALAM dan KAPAL TERBANG dapat disediakan serta merta.
Sedangkan semua persiapan itu memerlukan masa berbulan lamanya.
Agak memalukan saya perlu menerangkan semua ini pada orang yang telah mempunyai pendidikan tertinggi sehingga bergelar Dr.
Malah pernah menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Pendidikan.
Dr Puad seakan-akan budak yang sedang mengikuti pendidikan di Tadika KEMAS apabila mengkritik Menteri Agama dan Duta Khas PM ke Timur Tengah.
Bagi saya keceluparan Dr Puad Zarkashi ini seolah-olah cuba tidak menyakini kemampuan Menteri Perlancongan melaksanakan tugasnya dan jahil soal pentadbiran.
Sedang semua yang mahir selok belok undang-undang dan pentadbiran mengetahui bahawa Lesen Agensi Perlancongan adalah dibawah Kementerian Perlancongan.
Tindakan penipuan yang melibatkan jamaah Haji terkandas apatah lagi menawarkan pakej haji membolehkan Agensi Pengembaraan dikompaun dan dibatalkan lesen serta dikenakan tindakan undang-undang.
Moga keberkatan 9 Zulhijjah ini memberikan kelapangan pada dada dan menutup keceluparan mulut Dr Puad Zarkashi.
MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Selangor
