Menjawab Tuduhan ‘Kerajaan Kedah Gagal’

Menjawab Tuduhan ‘Kerajaan Kedah Gagal’

Saya tak mahu ambil port isu kena cuit sikit dah koyak sebulan.

Tapi satu perkara yang saya terpanggil untuk perbetulkan apa yang ditulis oleh TMJ di story beliau:

“Dari dulu baik zip aja mulut tu. Makin banyak bunyi makin terserlah kebodohan. Pegang semua benda gagal. Negeri gagal, economy gagal, sukan gagal, semua gagal. Ini namany expert of failure/gagal.”

Nak koyak sampai edit gambar pun ikut hang lah.

Kita faham perasaan koyak sebulan itu macam mana.

Tapi koyak jangan sampai menfitnah.

Saya faham beliau sibuk dengan bola hingga tidak sempat nak study sebelum menulis.

Jadi atas dasar ihsan saya tolong senaraikan 12 kejayaan MB Kedah sepanjang pemerintahan beliau.

Sebenarnya bukan 12 kejayaan malah lebih banyak lagi.

Tapi 12 ini menjadi bukti bahawa kepimpinan YAB Sanusi tidak gagal tetapi cemerlang.

Mungkin dalam sukan bola kami kalah tapi dari sudut pelaburan negeri Kedah menang.

12 KEJAYAAN KEDAH DI BAWAH KEPIMPINAN SANUSI

1) Kedah terima pelaburan tertinggi di Malaysia berjumlah RM20 bilion

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/992041/kedah-terima-pelaburan-tertinggi-di-malaysia-berjumlah-rm20-bilion?fbclid=IwAR2-x03AoLVDlNUezRSr3mw8YAr06yfwTJu8WmqLnIhJGhXdTE4186VwKE0

2) Negeri Kedah pimpinan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi yang menerima Sijil Bersih Kewangan daripada Ketua Audit Negara.

https://harakahdaily.net/…/pas-kedah-bangga-kerajaan…/

3) Kebajikan rakyat melalui Tabung Wanita Sejahtera (RM500,000 setahun), Barangan Perubatan B40 (RM500,000 setahun) Anakku Sejahtera (RM1 juta setahun), Beras Sejahtera (RM2.16 juta setahun), Bantuan Pesakit Terlantar (sehingga RM300 sebulan) dan perutukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM24.82 juta.

https://harakahdaily.net/…/setahun-kedah-di-bawah-pn…/

4) Pelantar bernilai lebih rm2 juta bakal jadi tarikan baru di gunung Jerai.

https://www.mkn.gov.my/…/pelantar-bernilai-lebih-rm2…/

5) Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) bakal membina loji melamina berkapasiti 60,000 tan setahun di Gurun, Kedah, sekali gus menjadikan Kedah sebagai pengeluar tunggal melamina di Asia Tenggara.

https://www.hmetro.com.my/…/pcg-bina-loji-melamina-di…

6) Semua lesen premis judi di Kedah ditamatkan akhir tahun ini.

https://www.sinarharian.com.my/…/semua-lesen-premis…

7) Litar lumba antarabangsa akan dibina di sungai petani.

https://www.bharian.com.my/…/kedah-bakal-miliki-litar…

8) Kerajaan negeri di bawah YB Sanusi dapat mengumpul rizab kewangan negeri kepada RM600 juta berbanding RM40 juta di zaman Mukhriz Mahathir.

https://www.malaysianow.com/…/perlukah-pas-angkuh-di-kedah

9) Molnlycke buka kilang baharu di Kulim dengan pelaburan 233 Juta.

https://dagangnews.com/molnlycke-buka-kilang-baharu-di…

10) Kedah hapus kira pinjaman pendidikan SPPNK

https://www.bharian.com.my/…/kedah-hapus-kira-pinjaman…

11) Kedah bayar hutang Sada RM78.33 juta

https://www.hmetro.com.my/…/kedah-bayar-hutang-sada…

12) Kedah mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri, berkuat kuasa serta-merta.

https://www.bharian.com.my/…/kedah-henti-keluar-lesen…

Salah satu tanda aras kemajuan dan kestabilan sesebuah negeri apabila pelabur luar memberikan kepercayaan untuk melabur.

Jika Kedah gagal, pasti pelabur takut untuk melabur kan?

Kesimpulannya, koyak jangan sampai fitnah.

Nurul Hidayah Zakaria

Kedah