Mat Said Jangan Minum Ketum

Mat Said Jangan Minum Ketum

Tergelak saya tengok sidang media Mat Said, dia suruh SPR lucutkan percalonan calon PAS di Terengganu sebab bagi bantuan ke rakyat.

Kata dia tak patut bagi bantuan ke rakyat, bantuan ibelia, imahasiswa, pencen rakyat dan ifitri.

Tokey bas dua alam ni kata, dulu tak ada pun bantuan, sekarang baru ada.

Haha.

Nakal dia ni, tak cerdik, patut la Universiti College Bestari (UCB) pun berat hati nak beri di DR.

Tapi sebab dia ugut, UCB beri la juga gelaran DR tu dalam keadaan terpaksa.

Mat Said, mai aku bagitahu kat hang.

Bantuan-bantuan di Terengganu ni lama dah beri, kad sejahtera, bantuan usahawan, bantuan modal tani, wak kelas 3 percuma dan bantuan pendidikan antara yang diberi.

Tahun ni dan tahun lepas, kerajaan negeri mulakan program ibantuan, pasal ada duit lebih, duit lebih sebab GLC banyak untung, ekonomi berkembang, hutang berkurang.

Pencen rakyat dah mula akhir 2021, waktu tu buka permohonan, bulan Mac 2022 agih.

Waktu tu tak PRU.

Kemudian permohonan ibelia dibuka bulan 9, waktu tu tak ada PRU, kerajaan maklum bulan 11 akan bagi.

Bulan 11 tiba-tiba bos penyamun bubar parlimen, tiba-tiba tu, kita kata dah jangan bubar, hang pi bubar.

Kerajaan negeri kekal tak bubar, program kerajaan termasuk bantuan ni berjalan seperti biasa.

Bantuan ni juga meringankan beban sebelum banjir.

Dan semua bantuan ni disebut dalam Bajet 2022, lain kali jangan ponteng sidang DUN.

Alang-alang nak suruh lucut, lucut sekali Ismail Sabri, dia bagi BKMkan

Ops, lucut sekali Nawi, calon BN Besut, SPRM tengah siasat tu kes ambil tanah rakyat.

Hang bubar, hang marah kerajaan negeri bagi bantuan kepada rakyat.

Yang hang bebal sangat pasai apa.

Surat saman aku mana?

Razak Bidin,

Pilihanraya