20 MP BN Sudah Beri Akuan Sumpah Untuk Sokong Muhyiddin Yassin Menjadi PM

20 MP BN Sudah Beri Akuan Sumpah Untuk Sokong Muhyiddin Yassin Menjadi PM

20 MP BN sudah beri akuan sumpah untuk sokong Muhyiddin Yassin menjadi PM selepas Zahid cadang BN gabung dengan PH.

Zahid keluar kenyataan sebentar tadi ingatkan akujanji ketika terima jadi calon yang semua calon kononya wajib serahkan pada Presiden tetapkan siapa PM atau ahli kabinet.

Akhirnya Zahid mengaku SD yang tersebar sebelum penamaan calon itu benar.

Ingat lagi ketika tersebar dia nafi bagai nak mati kata tak ada sign SD syarat pencalonan tapi kini beliau sendiri yang mengakuinya.

Sama macam beliau menandatangani surat sokong Anwar sebagai PM, dia nafi rakaman suara dia dan Anwar termasuk dia nafi paksa MP BN sign akuan sumpah sokong Anwar PM sampai bersumpah atas nama Allah malangnya dia sendiri mengaku kemudian.

Zahid ni bukan manusia je, tuhan pun dia ingat dia boleh tipu.

Klik untuk baca mengenai aku janji Zahid (kawtim dengan Anwar).
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=666329024857218&id=100044403794956&mibextid=Nif5oz

Zahid (346) kena ingat jangan kena pukau dek Anwar sampai jadi bodoh sangat.

Najib ugut siapa tak ikut dia (sokong Anwar) akan dipecat.

Mengambil hak-hak ahli dewan rakyat memilih Perdana Menteri dengan ugutan tidak memilih mereka sebagai calon parti boleh ditafsirkan sebagai cubaan memudaratkan sistem demokrasi berparlimen.

Mengugut ahli-ahli dewan rakyat dengan pengosongan kerusi sekiranya tidak mengikut keputusan seseorang juga adalah boleh ditafsirkan sebagai menggugat sistem demokrasi berparlimen negara.

Ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 124B atau Seksyen 124C Kanun Keseksaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, SOSMA

“Barang siapa yang cuba melakukan suatu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 15 tahun”.

Kedua kalau kau pecat MP itu ia tak terjejas kerusi mereka maka BN akan hilang lagi 20 kerusi dan ahli parlimen dipecat boleh memilih hendak masuk parti mana dia suka dan tidak melanggar akta lompat parti.

Ketiga orang Umno yang nak bersama Zahid boleh teruskan untuk bawa Umno bersahabat dengan Anwar dan DAP.

Orang PKR pun tentu gembira bila Anwar nak gabung dengan Zahid juga bakal gugurkan kes serta lepaskan Najib.

Namun bagi rakyat #kekaltenang insya Allah esok akan mengadap YDPA dan akan membentuk kerajaan.

Klik
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=678913966932057&id=100044403794956&mibextid=Nif5oz

untuk mengetahui bagaimana kerajaan dibentuk

Che’gu Bard

Isu Semasa