Pada PRU-15 kali ini BN hanya mampu meraih 33% jumlah undi daripada Melayu.
Menurun daripada 62% pada PRU-13 dan 43 % pada PRU-14 sehingga akhirnya BN tumbang setelah lebih 60 tahun memerintah Malaysia.
Bukti apa lagi yang BN mahu lihat betapa perjuangan mereka hari ini tidak ada tempat di hati rakyat terutama orang Melayu?
BN sudah hilang taring mereka yang mungkin sudah sekian lama tumpul kerana masalah moral pimpinan dan hala tuju perjuangan parti.
Makin terhina apabila saat jatuh tersungkur menghulur tangan mengharapkan ihsan dan simpati namun saat diberi peluang hidung meninggi rasa diangkat lagi.
Peluang yang diberikan sepatutnya menjadi muhasabah untuk memperbaiki parti namun makin terserlah perangai mabuk kuasa dan pentingkan diri.
Rakyat tidak akan menghinakan diri bersama pimpinan dan parti penuh keladak yang hidup segan mati tak mahu ini.
PRU-15 menjadi gelombang Tsunami Melayu berpaling kepada Perikatan Nasional.
54% undi Melayu bersama PN, tertinggi berbanding BN dan PH yang hanya 11%.
Jika UMNO dan BN tetap tidak berubah, BN hanya mampu menjadi laksana melukut di tepi gantang PH.
Masuk tak penuh, keluar tak kurang.
