Cukuplah Menipu Diri Sendiri

Cukuplah Menipu Diri Sendiri

Bersungguh pemimpin PH dan sekalian juaknya menamakan ini Kerajaan Perpaduan.

PN sudah pun terima hakikat menjadi Pembangkang, tidak sertai Kerajaan PH +.

Jadi, mengapa PH dan BN masih nak mengaku Kerajaan Perpaduan sedangkan wujudnya PN sebagai Pembangkang.?

Mengaku jelah ini Kerajaan Campuran pelbagai parti yang diterajui oleh PH.

Bersungguh pemimpin PH dan sekalian juaknya menjaja nama Agong dan Majlis Raja-Raja.

Mereka kata jangan derhaka, ini Kerajaan YDPA, ini lantikan Majlis Raja-Raja.

Nampak gaya mereka ini masih belum faham atau buat-buat tidak faham konsep Raja Berperlembagaan.

Agong dan sekalian Raja tidak terlibat pun dengan kancah politik.

Mereka sebagai penaung yang di atas manakala pemimpin politik yang dipilih oleh rakyat yang menjadi pentadbir dan pelaksana.

Kesemua PM dan Jemaah Menteri Kerajaan sebelum ini pun mengangkat sumpah di hadapan Agong di Istana Negara.

Apabila Tuanku bertitah di Istana mahupun di Parlimen, istilah yang sentiasa digunakan ialah “Kerajaan Beta”, tidak kiralah ketika itu parti BN, PH mahupun PN yang menjadi Kerajaan.

Bersungguh pemimpin PH dan sekalian juaknya menyebar semula gambar lama Tuan Guru Presiden PAS kelihatan mesra dengan Presiden UMNO untuk menjustifikasikan lantikan TPM dalam Kabinet Kerajaan PH+ ini.

Semesra mana pun dulu, hakikatnya rekod menunjukkan zaman PM 8 Muhyiddin dan PM 9 Ismail Sabri, tidak pun melantik Kluster Mahkamah dalam Kabinet.

Kelakar pun ada melihat juak PH yang bersungguh menggelar penyokong PAS sebagai ‘walaun’ sedangkan tanpa sedar mereka sendiri yang terlampau taksub kepada Anwar, Rafizi dan Mat Sabu sehingga kena tipu hidup-hidup gini pun masih belum sedar ye..?

REFORMASI di celah mana dengan mengangkat martabat kleptokrat dan melantik penyamun (meminjam istilah yang mereka sendiri guna dulu) dalam Kabinet..?

Sedarlah dan cukuplah menipu diri sendiri.

Syed Ahmad Fadhli

Politik