Nak tanya kawan-kawan PH dan BN.
Soalan serius, tenang ke berada dibawah kerajaan yang dibina dan didiri dengan batu bata penipuan demi penipuan kepimpinan PH dan BN?
Sekurang-kurangnya ada 8 batu bata asas penipuan oleh PH dan BN dalam membina kerajaan hari ini.
1. Tipu: No DAP, No Anwar.
Terjadi: Akhirnya Zahid berpelukan dengan Anwar kerana mengidamkan jawatan TPM.
2. Tipu: Kita berkecuali.
Terjadi: Akhirnya Zahid senyap-senyap hantar surat mengatakan 30 MP BN menyokong Anwar sebagai PM.
3. Tipu: “Cukuplah sekali, cukuplah sekali, cukuplah sekali ditipu.” Semangat Pemuda BN menyanyi.
Terjadi: Akhirnya bercengkarama dengan Kerajaan 22 Bulan yang menipu.
4. Tipu: “Hoi Ho Ya Hoi, Siapa Sokong Penyamun.”
Terjadi: Akhirnya Anwar yang angkat penyamun menjadi kerajaan dan menjawat jawatan No 2 negara.
5. Tipu: Kita tidak akan kompromi dengan rasuah dan penyelewangan. Kita akan hantar Zahid ke penjara.
Terjadi: Akhirnya Zahid dengan senyum lebar melangkah gagah diiringi bodyguard masuk ke Putrajaya.
6. Tipu: Saya tidak bercadang untuk jadi Menteri Kewangan.
Terjadi: Akhirnya Anwar diumumkan oleh Perdana Menteri untuk jadi Menteri Kewangan.
7. Tipu: Jika saya jadi Perdana Menteri, Tengku Zafrul tidak akan ada dalam list kabinet.
Terjadi: Akhirnya Tengku Zafrul dapat jogging setiap pagi dengan jawatan Menteri MITI.
8. Tipu: Saya akan jadi orang pertama menentang PH dan BN bersama. Laung Rafizi.
Terjadi: Akhirnya, dengan muka yang manis tersipu-sipu sepelamin dengan menteri-menteri dari BN.
Bila tengok video-video ucapan tipu mereka ini, terlintas, mereka ni tak rasa malu ke? Tak ada sekelumit malu kah dalam diri mereka?
Lebih malang, para penyokong menyalak-nyalak dan menjelir-jelirkan lidah mereka di media sosial mencari jalan merasionalkan segala penipuan yang berlaku.
Kawan, tenangkah kalian menjadi kerajaan yang dibangunkan atas tapak penipuan dan pembohongan? Tanya jiwa dalam kalian.
Sambil-sambil tanya diri tu, dengarkan lagu Tenang Ribut Jiwa, ala-ala healing dari tersakiti gitu.
Ahmad Fahmi Mokhtar