Wayang politik: Pakatan PH-UMNO Kerajaan Atau Pembangkang?

Wayang politik: Pakatan PH-UMNO Kerajaan Atau Pembangkang?

Rakyat mahu melihat apakah perancangan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, bukannya telinga mereka terus disumbat dengan wayang politik.

Yang peliknya, setelah menjadi kerajaan pun, PH masih tidak dapat membuang sikap mereka sebagai pembangkang apabila terus mengkritik parti lain yang tidak sehaluan dengan mereka, daripada menyusun strategi menangani masalah ekonomi rakyat dan negara.

Pada 2018 pun, ketika PH mula-mula mentadbir negara setelah menang PRU-14, sikap pemimpin PH yang baharu merasa duduk di kerusi menteri-menteri menimbulkan kehairanan rakyat apabila mereka masih bersikap seperti pembangkang.

Selama 22 bulan, menteri-menteri PH daripada PKR, DAP dan AMANAH lebih banyak bermain wayang politik daripada bertugas melaksanakan amanah demi rakyat.

Kini, dengan bantuan UMNO yang berpengalaman sebagai pentadbir sebelum ini, menteri-menteri baharu PKR, DAP, AMANAH dan parti lain bolehlah belajar daripada mereka bagaimana untuk menguruskan kementerian.

Jangan belajar seleweng wang rakyat.

Mereka juga perlu ingat pesan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya berhenti bermain politik, sebaliknya mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

“Cuma pesan saya kepada ahli-ahli politik PH dan UMNO, janganlah asyik menuding jari kepada orang lain dengan menuduh yang bukan-bukan semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan yang baharu berusia beberapa hari ini yang kelihatan masih belum ada idea bernas untuk menyelesaikan permasalahan rakyat,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini (BACA DI SINI).

Pesanan itu dibuat susulan kenyataan dan tuduhan daripada beberapa pemimpin serta menteri PH dan UMNO terhadap parti lawan, setelah kedua-duanya mengetepikan prinsip masing-masing untuk bekerjasama demi mencapai kuasa.

Daripada bijak bercakap mengenai rancangan itu ini ketika kempen pilihan raya lalu, kini menteri-menteri PH dan UMNO kelihatan seperti orang bodoh setelah mendapat kuasa dan duduk di kerusi menteri.

Misalnya, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, selepas dilantik sebagai Menteri Ekonomi, hanya bercakap mengenai ‘orang gemuk’, bukannya strategi ekonomi untuk membantu rakyat dan negara.

Rafizi sebelum ini memang terkenal bermain dengan politik persepsi, penggunaan bahasa, gaya percakapan dan lenggok badan, menyebabkan orang biasa yang melihat dan mendengarnya akan terpengaruh.

Namun, selepas menjadi menteri dia gagal untuk mengetengahkan strategi jangka pendek atau panjang untuk menyelamatkan ekonomi negara.

Terbaharu, Rafizi mengulas sebab Anwar menjadi Menteri Kewangan dan pembentukan kerajaan dengan UMNO/BN. Sebelum ini, dialah hero yang melalak “Jika ia berlaku, saya akan menjadi orang pertama yang bersuara, jika berlaku sebarang usaha rundingan dengan UMNO.”

Jadi, eloklah menteri-menteri kerajaan PH-UMNO ikut nasihat Presiden Bersatu:

“Awak dah jadi kerajaan, act like a government.

“Sudah-sudahlah bermain wayang politik kerana rakyat mahu lihat apa perancangan kerajaan untuk mereka.”

Pakatan Harapan