UMNO Tewas Di Tangan DAP

UMNO Tewas Di Tangan DAP

Dalam PRU-15 ini kita dapat lihat sebuah parti nasionalisme Melayu tunduk di tangan parti sosialis DAP.

Selepas keputusan PRU diumumkan, UMNO mempunyai pilihan sama ada memilih musuhnya, DAP atau rakan Muafakat Nasional, PAS.

Ternyata, UMNO tewas dengan ketakutan kes-kes mahkamah pimpinan nombor satu parti tersebut serta godaan jawatan daripada prinsip perjuangan parti.

Mereka cuba menyembunyikan pengaruh DAP dengan menjulang tinggi PM ke-10.

Namun kita semua tahu bahawa dalam PRU lepas, UMNO hanya mempunyai 26 kerusi, PKR 31 kerusi manakala DAP memegang 40 kerusi.

PKR yang merupakan parti serpihan UMNO pun sudah menjadi ketua kepada mereka, apatah lagi DAP yang memegang kerusi terbanyak dalam pakatan itu.

Pilihan sudah dibuat, jawatan sudah ditawarkan, mahu tidak mahu UMNO sekarang perlu bersedia menerima dan memenuhi kehendak DAP yang dominan dalam PH.

Pemimpin UMNO yang sayangkan parti telah bersuara namun mereka telah dipinggirkan oleh parti sendiri.

Tiada lagi laungan suci “No Anwar, No DAP”.

Ternyata, DAP benar-benar telah berjaya menguasai UMNO.

Kini penyokong akar umbi UMNO terpaksa patuh, jangan diusik DAP lagi.

Ahli UMNO juga perlu belajar untuk terima bahawa komunis adalah pahlawan negara seperti yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin DAP.

UMNO yang dahulunya memperjuangkan kemerdekaan kini terpaksa membantu DAP untuk menulis semula sejarah kemerdekaan negara ini.

Tahniah DAP. Takziah UMNO.

Politik