Kerisauan Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap gelombang hijau itu ada asas dan puncanya.
Malah bukan 6 atau 7 kerusi yang PH/DAP akan hilang akan tetapi mungkin boleh mencecah sehingga 13 kerusi DUN.
Ini kerana di Pulau Pinang terdapat sejumlah 13 kerusi DUN yang mempunyai majoriti Melayu sekitar 65%.
Mengambilkira demografi Padang Serai dengan 64% undi Melayu dan telah mencatat kemenangan besar buat PN/PAS sehingga majoriti mencecah 16 ribu undi.
Maka, secara kasarnya PN/PAS boleh menyambar sehingga 13 kerusi DUN di Pulau Pinang.
Termasuklah kerusi Seberang Jaya yang mempunyai 67% undi Melayu.
Apatah lagi ADUN semasa adalah Saudara Afif Baharuddin dari PN yang memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR dalam PRU14 lalu.
Pastinya PKR mahu merampas kembali kerusi Seberang Jaya ini.
Ibarat mengembalikan maruah PKR di Pulau Pinang.
Namun, perlu diketahui DUN Seberang Jaya ini juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh.
Tempat dimana tewasnya Puteri Reformasi dalam PRU-15 yang lalu.
Sekiranya Puteri Reformasi boleh tumbang, apatah lagi anak kecil lain yang mahu bertanding di sana.
Pengaruh YB Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang akrab dengan rakyat melalui ceramah-ceramah agama di masjid secara tak langsung memberikan kelebihan.
Isu pengurusan masjid yang hangat di Pulau Pinang jika tidak diuruskan dengan cara yang baik atau mencengkam sehingga tiada lagi ruang dakwah pastinya akan memusnahkan misi dan nafas politik PKR itu sendiri.
PN/PAS perlu memenangi 13 kerusi ini dalam PRN nanti untuk merobek pengaruh kekuasaan PHBN dan mengembangkan gelombang PN/PAS di semua negeri utara Malaysia.
Perlis, Kedah, Separuh Perak dan Sebahagian Pulau Pinang menjadi penyambung kepada Jajaran Hijau sebelum ini.
Apatah lagi, Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang amat sentimental kepada PAS. Kerana disinilah PAS dilahirkan secara rasmi.
Ahmad Fahmi Mokhtar