PH kena terima kekalahan di Padang Serai.
Rakyat memilih, ambillah pengajaran, tidak timbul soal sentimen agama dan perkauman yang dimainkan.
Rakyat matang begitu matang untuk membuat keputusan, tanpa mudah terpengaruh.
Lagi pun PH telah menukarkan strategi saat akhir, memilih calon Melayu Islam, walaupun sepatutnya calon yang diketengahkan adalah bukan Melayu (India), seperti calon sebelum ini, yang memenangi kawasan tersebut.
Isu utama yang perlu difikirkan adalah, rakyat Malaysia tidak dapat menerima apabila politik dilacurkan.
Ini suatu mesej jelas yang akan disampaikan kepada PRN lima negeri tidak lama lagi, melibatkan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (PH) dan Kelantan, Terengganu dan Kedah (PN).
Berdasarkan keputusan ini tidak mustahil PH akan kehilangan negeri di bawah penguasaannya.
Apa mesej yang ingin disampaikan apabila Kulim memilih dengan memberikan majoriti begitu besar kepada PN, iaitu 16,250?
Jika benarlah seperti yang didakwa oleh calon kalah, PN “racuni” undi 18, sekurang-kurang jarak undi tidaklah terlalu besar.
Sebab PH telah memenangi kawasan ini sejak 2008.
Pilihan raya lepas PH menang lebih kurang 8 ribu undi.
Dalam kata lain, ini kawasan kuat PH.
Apatah lagi apabila BN menarik diri setelah BN-PH berkahwin, menerajui kerajaan pusat.
Pilihan ini terlalu jelas mesej ingin disampai
Pertama, majoriti Melayu Islam memilih PN, menolak PH
Kedua, UMNO sendiri memberi undi kepada PN, menolak ‘kerajaan campuran’ PH+BN di pusat
Ketiga, ingatan kepada pemimpin UMNO, akar umbi menolak pimpinan UMNO.
Rakyat tidak terima, pelacuran politik.
Keempat, isu berkaitan Islam dan Melayu, masih relevan
Kelima, walaupun PH menelanjangkan PN melihat isu judi dan rasuah RM600 bilion.
Rakyat sudah matang dalam membuat pilihan.
Rakyat tahu, itu adalah isu kempen politik yang menjengkelkan
Keenam, tidak mustahil, PH turut ditolak oleh kaum India kerana tidak meletakkan calon India di sana, seperti sebelumnya.
PRN akan datang melibatkan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, negeri dikuasai PH, tidak mustahil bertukar tangan kepada PN. Percayalah!
Wahai pemimpin PH+BN yang sedang memimpin kerajaan hari ini, rakyat sedang memerhatikan kamu.
Buatlah yang terbaik untuk rakyat, tidak perlu berlakon dan bersandiwara.
Insaflah, rakyat sudah muak apabila kamu sentiasa mengutuk ‘pak lebai’.
Lebai-lebai malang tidak pernah rasa kecewa dengan kutukan dan penghinaan yang dibuat ketika kempen
Jika ‘lebai malang’ ini dikatakan benar mengambil hasil judi untuk berkempen, maka dedahkanlah.
Berikan bukti, jangan cakap sahaja.
Rakyat pun nak tahu, tapi jangan gunakan sebagai bahan kempen terdesak ketika pilihan raya.
Rakyat dah muak.
Apa yang rakyat mahukan adalah, rakyat tidak mahu lagi berebut telur (soal kebajikan), yang dijanjikan, harganya akan turun dan bekalan sentiasa ada.
Hakikatnya, sehingga semalam, ayam masih lagi tidak mengeluarkan telur, harganya masih mahal.
Memang masih terlalu awal, tetapi, jangan berjanji, tetapi sentiasa mencuba.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah