Politikus Dan Banjir

Politikus Dan Banjir

Tahniahlah Anwar Ibrahim umumkan RM100juta bantuan banjir hujung tahun.. mengulangi pengumuman PM sebelum ini, Ismail Sabri Yaakob.

Maaf, turun melawat ke kawasan bencana memang gimik orang politik dari dulu yang diulang-ulang sedangkan hari pertama masuk kerja terus batalkan projek tebatan banjir.

Saya kongsi cetusan seorang teman, @Nabeih Rahmat “APA TUGAS SEBENAR POLITIKUS?”

Kita kata meluat bila segala sesuatu dipolitikkan.

Tapi sebenarnya sikap kita sendiri yang buat jadi macam tu.

Bila ada banjir atau musibah, kita sibuk tengok politikus mana yang dah turun, yang mana bercuti, yang mana masuk dalam banjir takat buku lali, yang mana naik sampan, yang mana naik motor dsb.

(Teringat Zafrul bawa media dan pegawai penuh bot ketika bencana banjir Shah Alam)

Dulu orang pertikai kenapa Najib pergi main golf.

Tahun lepas orang tanya di mana Hishammuddin.

Orang tanya kenapa Mail Sabri potong kek dan sebagainya.

Tahun ni orang tanya mana Samsuri Ganu.

Sampai bila nak diteruskan?

Politikus bukan anggota penyelamat.

Mereka datang berduyun-duyunpun hanya tambah semak saja dengan segala rombongan yang ada.

Politikus sepatutnya digesa buat polisi dan strategi mengurangkan kesan banjir setiap hujung tahun.

Buat sistem perparitan, buat benteng, cari pelabur buat kolam takungan, reservoir untuk tampung air sungai yang melimpah dan sebagainya.

Venice, Amsterdam, Batavia (Jakarta) adalah bandar-bandar yang berada rendah dengan permukaan laut.

Namun, mereka telah buat sistem ‘kalis banjir’ supaya dapat hidup dengan baik bersama air.

Itulah tugas sebenar politikus untuk selesaikan isu banjir.

Isu Semasa