Adakah Raja Bahrin mohon maaf kepada MB Terengganu? Mungkin tidak, kata Fahmi Mokhtar.
Kata Fahmi Mokhtar, seseorang yang berada diluar PH-BN tidak perlu terlalu berharap untuk melihat Raja Bahrin akan merendahkan diri untuk meminta maaf kerana telah membuat dakwaan terhadap MB Terengganu.
Ejah keluar berita sekali tajuk atas nie. Haha.
Dengan permohonan maaf daripada MB hari ini, secara automatik menolak dakwaan Raja Bahrin dan menunjukkan bahwa pemimpin PAS telah merendahkan diri untuk memohon maaf kepada rakyat.
Dalam masa yang sama tertarik dengan video dan komen anak muda Terengganu di tiktok dan instagram.
Kata depa, “kami yang bagi MB pi sana, kami tahu kerja MB kami, orang luar tak payah komen banyak…”
Berani ko komen gitu ye… CT PH tengok mati kau.
“4 tahun kami rasai khidmat MB di Terengganu, dan MB tak lepas tangan, sebelum g pun dah turun ke PPS, kali nie bagi Insentif RM 1,000 pula”
Betullah apa yang aku sebut dua hari lepas, rakyat Terengganu tidak terkesan sangat dengan isu nie, kerana setiap agensi dan pihak telah disusun dengan baik. Alhamdulillah.
Kali ini MB dengan rendah diri membuat permohonan maaf secara terbuka pula.
Mana mungkin anak muda bisa menahan diri merasa sayang. Giteww…
PH-BN ingat kita ini macam mereka, tipu penyokong dan pengundi dalam kempen PRU, “tolak penyamun-No Anwar” tetiba berpelukan tanpa rasa malu.
Jauh sekali lah mahu minta maaf kepada penyokong dan pengundi.
Malu pun depa tak rasa.
Begitulah tuan-tuan.
Ahmad Fahmi Mokhtar