Raja Bahrin kecewa MB Terengganu tak sambut PM datang Terengganu.
Disambut oleh juak-juak PH, dengan pelbagai kejian yang merupakan zikir harian mereka, lebih teruk siap cadang pada PM untuk sekat peruntukan.
Dan ditiruskan kepada isu politik.
Gila betul korang berpolitik.
Sedangkan beberapa hari lepas, molek je MB menerima kehadiran Menteri Pendidikan.
Dari PKR sama macam PM juga.
Ertinya bukan sebab perbezaan politik.
Cuma apa sebabnya?
Rupanya, hari ini MB ada dua program penyampaian bantuan banjir melibatkan lebih 1000 orang mangsa banjir di Besut.
Dan satu program bantuan banjir kepada tuan guru dan guru-guru Pondok di Setiu.
Apakah Raja Bahrin kecewa, MB tak tinggalkan rakyat demi PM?
Apakah Raja Bahrin mahu MB tinggalkan alim ulama dan tuan-tuan guru, demi menyambut PM?
Apakah bagi Raja Bahrin sambutan kehadiran PM perlu diutamakan dan MB wajib korbankan harapan 1000 mangsa banjir.
Sepatutnya Raja Bahrin kena tanya, mana pasangan sejawat dia di Terengganu, Pengerusi Perhubungan UMNO, selalunya amat cepat berada di sisi PM.
Apakah UMNO Terengganu masih tidak boleh menerima hakikat mereka berada dalam satu kerajaan di Persekutuan?
Apakah Mat Said masih terketar-ketar dan tidak mampu mencium tangan PM?
Itu soalan yang lebih relevan ditanya
Ahmad Fahmi Mokhtar.