Sudahkan anda membaca komen menganjing kepada PAS sebab konsert Black Pink tak hujan?
Ucapkanlah syukur sebab hanya PAS yang mereka kutuk dan anggap sebagai musuh program kesyaitanan mereka.
Kumpulan lain mereka tidak kutuk, tak menganjing.
Mereka amat hormati golongan yang jahil agama, kerana kumpulan itu tidak halang hak mereka mahu berhibur dengan si kafir.
Kita PAS, hormati hak Allah, tidak peduli dengan manusia kerana kita tinggal di bumi milik Allah.
Justeru, hukum Allah yang wajib kita ikuti.
Jika tidak, carilah kamu bumi lain yang kamu boleh berbuat sesukanya.
Jadi apabila ada yang kata PAS bodoh sebab kita buat perkara berkaitan agama, samada ketika kita menghalang mungkar, menyeru kebaikan, kita hanya senyum, sebab kejahilan mereka itu telah dizahirkan mereka sendiri.
Dan inilah juga persamaan dengan perjuangan para anbiya dahulu, mereka akan dimusuhi kerana amar makruf, nahi mungkar.
Manakan mungkin golongan jahil, pengecut yang hanya tahu mahu memenuhi tuntutan perut dan di bawah perut, makan, minum, seks seperti binatang ternakan dan juga tiap masa memikirkan mahu menjadi kaya, takutkan miskin itu lebih mulia dan berilmu dari golongan ulama yang mengajarkan ilmu Allah dengan ikhlas, walaupun miskin?
Dan siapa pula mereka untuk mengkelaskan ulama ini ulama jahat dan ulama itu ulama baik?
Sedang mereka duduk dalam lubang kesesatan yang nyata?
Tidakkah ia suatu yang ajaib, apabila budak yang tidak bersekolah, memberitahu orang bahawa guru yang mengajar di sekolah itu sebagai tidak betul ilmunya?
Biarlah kita duduk di bawah ‘kebodohan’ ulama yang mereka tuduh itu, daripada bersama ‘kecerdikan’ mereka yang sudah pasti tidak lepas dari soal jawab kubur dan ujian api neraka, jika tidak bertaubat.
Semakin ditekan, semakin Islam akan gagah.
Tidak akan kita dapati berlian yang berharga itu, kecuali dengan tekanan yang kuat bagi mengeluarkannya dari bumi, lalu dijadikan hiasan yang mahal, cantik dan digilai ramai.
Itulah Islam, hanya apabila ia diuji, maka akan nampaklah kecantikannya dan kehodohan pembenci-pembencinya.
Adakah anak-anak kita terselamat dari seruan dajjal ini? Belum tentu.
Tetapi sekurang-kurangnya, kita menjaga keluarga kita dengan nahi mungkar ini.
Semoga Allah mengurniakan keselamatan ke atas keluarga kita dari fitnah dunia ini. Amiin
Mohd Nasir Abdullah