Kisah Anjing Yang Tidur Di Atas Katil

Kisah Anjing Yang Tidur Di Atas Katil

(Sebuah ilustrasi yang patut menginsafkan bangsaku)

Kalau 60 tahun dulu, tak dinafikan UMNO berjuang untuk membela bangsa Melayu.

Pimpinan UMNO yang dikemudikan oleh Tunku Abdul Rahman, Tun A. Razak dan Tun Hussien Onn banyak memikirkan dan merancang pembangunan bangsa Melayu dalam mengisi kemerdekaan.

Sejak itu hingga 15 tahun lalu, UMNO boleh mendakwa sebagai parti teras Melayu yang dominan.

Melalui gabungan Perikatan hinggalah tertubuhnya BN, UMNO menjadi parti teras kerajaan yang sentiasa menguasai 2/3 Parlimen.

Tetapi itu semua kini hanya menjadi kenangan yang tersimpan di Arkib Negara.

Penswastaan dan rasuah yang membiak subur dalam UMNO menukarkan perjuangan bangsa kepada perjuangan berlumba-lumba mencari habuan dan kekayaan.

Pada PRU14, buat pertama kali UMNO/BN tumbang merudum bersama hegemoninya.

UMNO digelar sebagai itik patah kaki yang kemudian dinafikan olehnya setelah menang beberapa siri PRK selepas itu.

Tiada siapa yang pernah berjasa merawatnya sehingga sembuh melainkan Zahid Hamidi (ZH).

Dengan kekuatan ZH, walaupun kalah dalam PRU15 namun UMNO tetap menjadi kerajaan.

Inilah kebanggaan ZH untuk dijadikan modal mendapat sokongan.

Di sebalik itu, dengan 47 kes rasuah dan jenayah, ZH masih mampu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

https://www.bharian.com.my/…/zahid-hamidi-diarah-bela…

Namun apa yang berlaku di zaman beliau menjadi TPM kerajaan PHBN hari ini?

Agenda Melayu/Islam UMNO tidak kedengaran lagi.

UMNO akur apa sahaja kehendak rakan sekutunya terutama DAP.

UMNO sudah mengalah dengan sebuah parti rasis yang selama ini cukup dibenci.

‘Kekuatan’ ZH dapat difahami apabila pada PRU15 yang baru lalu, UMNO hanya tinggal 30 kerusi.

Sebaliknya, PAS dan BERSATU (PN) yang selalu dibuli-buli akhirnya mencapai 73 kerusi.

Mereka berkata bahawa UMNO akan menjadi kuat dengan adanya sokongan Cina-Cina DAP dalam menghadapai PRU15N yang melibatkan 6 negeri tak beberapa lama lagi.

Itulah UMNO. UMNO sudah bersekongkol dengan DAP yang mana juak-juaknya sibuk membantah azan di negeri yang dikuasai.

Ada hati UMNO hendak mengambil Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Kalau ditolongi dan diberi undi, mudah-mudah pengaruh DAP meresap ke sini.

Sudikah rakyat menerima mereka atas nama rakan kongsi?

Penulis tertarik dengan sebuah ilustrasi.

Ada seekor anjing yang dibiarkan tidur dengan nyaman di luar rumah.

Kemudian dengan baiknya perangai anjing tersebut, tuan rumah telah mengizinkannya masuk ke dalam rumah.

Kerana jujur dan setianya anjing tersebut, akhirnya sudah dibiarkan naik tidur di atas katil.

Ilustrasi tersebut berkesudahan dengan gambaran tuan rumah tersebut tidur di bawah katil.

Selamat memilih.

BayangDiAir

Politik