Biawak Hidup UMNO Dan Biawak Mampus UMNO

Biawak Hidup UMNO Dan Biawak Mampus UMNO

Tahukah anda?

1. Sebanyak 101 jenis itik dan angsa bernilai RM 223,750 telah dibeli oleh Dato’ Seri Ahmad Said untuk ditempatkan di Pulau Burung Tasik Kenyir.

Akhirnya semua binatang itu lenyap ditelan pemangsa.

Bayangkan, kos sebanyak itu boleh memberikan manfaat Kad Sejahtera kepada 447 orang penerima.

2. Kos pembinaan Taman Ilmu di Besut adalah RM 300 juta. Taman ini terbiar dan akhirnya dan jika ingin dibaikpulih akan memerlukan kos sebanyak RM 400 juta.

Bayangkan kos sebanyak itu boleh digunakan untuk pencen warga emas seramai 5000 orang.

3. Strawberry Park Resort di Kijal yang dibangunkan 8 tahun lalu bukan sahaja tidak membawa pulangan bahkan menjadi pembaziran dan sia-sia. Kos pembinaannya adalah sebanyak RM 27 juta.

Bayangkan dengan sebanyak itu dapat digunakan untuk membiayai 2700 anak Terengganu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama melalui Tabung Siswa.

4. Bas amfibia yang sepatutnya tiba sebanyak dua buah tapi hanya tiba sebuah telah dibeli dengan harga RM 3 juta pada tahun 2014.

Bahkan bas ini telah mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan untuk industri pelancongan mahupun ketika banjir.

Bayangkan jumlah sebanyak itu menyamai pembiayaan rawatan percuma bagi pesakit di wad kelas ketiga di Hospital Sultanah Zahirah, Hospital Kemaman, Hospital Dungun, Hospital Hulu Terengganu, Hospital Setiu dan Hospital Besut.

5. Pulau Bebas Cukai Pulau Bayas diumpamakan projek membuang duit dalam air oleh YB Datuk Rosol Wahid kerana tidak membuahkan hasil.

Sebanyak hampir RM 200 juta telah dilaburkan.

Bayangkan jumlah sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk Tabung Pinjaman Perumahan untuk 4 tahun kepada rakyat yang ingin membina rumah sendiri tetapi tidak layak membuat pinjaman swasta.

Aish, main bayangkan-bayangkan aje ni.

Masalahnya ini bukan bayangan sahaja.

Inilah biawak mampus UMNO yang terpaksa ditanggung oleh RAKYAT NEGERI TERENGGANU yang sepatutnya boleh mendapat lebih banyak manfaat dari kewangan negeri.

Masih ada ke yang nak tanggung biawak hidup dan mampus UMNO ni?

Dsn CikTy

Terengganu