Saya menghadiri Seminar Pemikiran Dakwah Tuan Guru Tan Sri Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pusat Tarbiah Islam Kelantan pada pagi 8 Jun 2023.
Ucapan perasmian penutup seminar disampaikan oleh Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Saya membuat sedikit catatan dari ucapannya:
Banyak perkara yang kita pelajari dari sosok tubuh Tok Guru ini.
Kita kenang sepanjang masa. Allah berfirman:
مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
“Di antara orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya).
(Al-Ahzab: 23)
Kita bercakap tentang satu sosok orang yang sudah tiada.
Adakah kita nak menyanjungnya hingga hari kiamat? Tidak.
Kita sebenarnya mahu belajar sebahagian dari apa yang ada pada Tok Guru.
“Saya sempat satu penggal dengan Tok Guru. Satu pagi, sejam sebelum Subuh, telefon berbunyi. Naik nombor telefon rumah. Nombor yang saya tak simpan dalam handphone. Rupa-rupanya Tok Guru yang telefon.”
Telefon jam 5 pagi dari Tok Guru menjadi pengajaran bahawa pemimpin mesti dekat dengan Allah di waktu dinihari melalui solat tahajud.
Kelantan banyak pondok, sekolah agama.
Tok Guru sebut: “Kita bukan memerintah tapi mentadbir, kerana terpaksa ikut peraturan yang ada.
“Tidak boleh membuat sesuka hati apa yang kita mahukan menurut Islam.”
Negara Islam dijajah sangat lama. Identiti hilang. Ulama bangkit berjuang.
Penjajah beri kemerdekaan dengan mengekalkan legasi penjajah.
Yang warisi negara adalah nasionalis sekularis, bukannya ulama.
Panduan untuk negara sudah ada untuk diikuti iaitu sistem sekular.
Perjuangan Islam tidak berjaya melainkan mesti dibuang faham nasionalis dan sekular.
Pada tahun 1990, Tok Guru memimpin PAS Kelantan dan menang 39-0 dalam pilihan raya bersama Angkatan Perpaduan Ummah ketika itu.
Tok Guru berbanding dengan Menteri Besar lain?
Beliau adalah ulama, perwatakan tok guru dari rumah, pemimpin gerakan Islam yang mahukan Islam didaulat.
Semua tugas ini sangat besar.
Ada dua soalan yang berlegar ketika itu:
i) Bolehkah Islam mentadbir negeri?
ii) Bolehkah Tok Guru seperti itu mentadbir sebuah negeri?
Kelantan adalah negeri miskin.
Kalau kerajaan Pusat tidak bantu tentu kerajaan negeri boleh jatuh.
Tambahan pula macam mana nak tadbir secara Islam?
Umno beri masa 100 hari kepada kerajaan PAS Kelantan untuk lihat mereka jatuh.
Namun kerajaan negeri di bawah PAS tidak jatuh.
Kemudian diberi tempoh tiga bulan, kemudian sepenggal.
Alhamdulillah kerajaan PAS Kelantan kekal.
Untuk buktikan Islam mampu mentadbir, Tok Guru letak tema “Membangun bersama Islam”.
Tok Guru mahu buktikan pembangunan secara Islam berbeza dengan sekular, kerana ia meliputi pembangunan fizikal dan spiritual.
Sudut spiritual sangat mencabar.
Ustaz Fadzil Noor pernah sebut khurafat politik ketika itu ialah Umno sahaja yang mampu mentadbir negeri dan negara, tiada yang lain.
Tok Guru berjaya memerintah dalam keadaan menghadapi tentangan, isu kewangan, diskriminasi dan lain-lain.
Kerajaan PAS Kelantan berjaya buat pelbagai siri kebajikan yang membantu rakyat – azziwaj (perkahwinan), takaful kifalah, it’am (skim makanan), skim ladang rakyat dan pelbagai lagi.
Orang dapat lihat parti lain juga dapat memerintah, bukan hanya Umno, BN sehingga Umno jatuh satu persatu di negeri-negeri lain dalam pilihan raya.
Tok Guru tegas dalam pendiriannya.
Beliau berani berhujah.
Beliau selalu membaca ayat al-Quran:
هَاتُواْ بُرْهَٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
“Bawalah hujah kamu jika kamu orang yang benar.
(Al-Baqarah: 111)
Dato’ Dr Fadzli pernah menjadi penterjemah dalam satu program.
Ada diskusi antara Tok Guru dengan wakil luar negeri.
Wakil luar negeri yang bertemu Tok Guru bukannya pegawai biasa, bahkan pangkat tinggi.
Ada jeneral yang bertanya: “Apa pandangan tuan tentang keganasan, hubungan dengan Islam, sebab tuan mentadbir negeri.”
Tok Guru dengan tegas menjawab: “Kepala pengganas ialah Amerika.”
Tok Guru mahu laksanakan Islam dari urusan yang paling besar hingga paling kecil, contohnya wuduk.
Beliau pernah tunjuk tentang cara berwuduk kepada almarhum Bob Lokman.
Isu hudud sukar nak dilaksanakan.
Antara perkara yang mudah dibuat ialah pindahkan duit kerajaan dari akaun bank yang berkaitan riba ke bank tanpa riba.
Jumlahnya besar.
Apa yang dibuat oleh Tok Guru memberi kesan kepada perkembangan sistem perbankan Islam sehingga semua bank cuba bertukar kepada sistem perbankan Islam.
Tok Guru pernah sebut: “Seguni beras di tangga berat nak diangkat. Caranya ialah ambil secupak-secupak, nanti penuh seguni beras di dapur. Ia adalah simbolik kepada pelbagai perkara lain.“
Tok Guru pesan supaya ceramah politik biar dimulakan dengan ayat al-Quran, pesan dengan taqwa, diikuti dengan kupasan isu.
Apa yang PAS buat ialah dakwah melalui sedikit kuasa di Kelantan.
Tok Guru pernah sebut: “Ambo ngajar menyandar di tiang, royat judi haram, arak haram.”
Tiada yang berubah.
Bila ada kuasa sedikit sahaja, banyak perkara yang boleh dibuat.
Tok Guru pentingkan solat sunat.
Beliau pernah solat di bawah pokok.
Tok Guru pernah mengajar di suatu tempat agak panjang.
Apabila Isyak, bilal terus iqamah, tak sempat solat sunat qabliah. Tok Guru marah.
Dan selepas solat Isyak, Tok Guru masih marah lagi.
Tok Guru sebut: “Ambo ni ore panggil tok guru, ambo keno baco kuat. Tok Guru mace mano kalu tak dok ilmu.“
Kita mesti menurut ayat:
كُوْنُوْا رَبَّانِيّٖنَ
“Hendaklah kamu beribadat kepada Allah…”
(Ali Imran: 79)
Ada kata-kata yang menyebut:
لكل زمان دولة ورجال
Bagi setiap zaman itu ada negara dan tokohnya.
Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan sekarang tambah tema “Merakyatkan Membangun Bersama Islam”, supaya perkara ini bukan sahaja dihayati oleh pihak pemerintah dan pentadbir, tetapi juga rakyat awam.
Tok Guru berjaya menghakis fahaman sekularisme dalam masyarakat, membuktikan Islam berjaya memerintah, meruntuhkan Umno dan BN, bukan menaikkannya.
NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu
AJK Dewan Ulamak PAS Terengganu