Sebenarnya 2 3 minggu ini, Penerangan PH-BN seronok betul duk buat cerita berkenaan Ust Nik Abduh.
Ada dua naratif mereka, (1) Nik Abduh dikatakan calon MB bagi PH-BN dan (2) Nik Abduh serahkan dokumen kepada PM.
Ghairah betul mereka di media sosial, ibarat biawak lapar yang mendapat bangkai ayam yang busuk.
Semalam, merupakan mimpi buruk kepada PH-BN apabila Ust Nik Abduh hadir dalam Ijtima Tarbawi Pemuda PAS di Shah Alam.
Lebih menarik dalam beberapa jawapan Ust Nik Abduh terhadap beberapa soalan sekaligus meranapkan naratif jahat PH-BN ini.
Bagaimana Ust Nik Abduh nak menakhodai jentera PH-BN rampas Kelantan, sedangkan semalam Ust Nik Abduh dengan jelas menempelak mereka yang keluar daripada PAS.
Naratif seolah-olah Ust Nik sokong Anwar juga terpelanting jauh apabila Ust Nik mengatakan sokongan PAS/TGNA terhadap Anwar hanya ketika PAS bersama PKR dahulu.
Ye lah, dah satu pakatan takkan tak sokong sesama sendiri.
Namun, sekarang bila dah tiada kerjasama maka tiadalah sokongan. Simple.
Apa khabar pereka-pereka cerita daripada PH-BN?
Lebih perit, semalam tiada satu pun soalan dari peserta kepada Ust Nik berkenaan dua naratif PH-BN diatas.
Sepatutnya inilah soalan yang pertama patut ditanya oleh pemuda.
Ternyata betapa ahli PAS dan rakyat tidak termakan sedikit pun dengan rekayasa jahat PH-BN ini dan tingginya thiqah ahli PAS kepada bekas pemimpin PAS itu.
Lantas, bangkai ayam yang PH-BN ratah itu, rupanya bangkai yang dilumurkan racun.
Nah, biawak-biawak PH-BN yang menjelir-jelir lidahnya sebelum ini, kini menggelupur kemampusan.
Ahmad Fahmi Mokhtar