Bahtera UMNO Kian Tenggelam
Ahli UMNO perlu sedar bahawa UMNO dibawah regim Zahid Hamidi berada pada fasa paling teruk dan paling tercorot dalam sejarahnya.
Lihat sahaja jumlah kerusi BN;
PRU12 – 140
PRU13 – 133
PRU14 – 79
PRU15 – 30
UMNO Bersama PH/DAP
Memilih bersama PH/DAP ibarat menambahkan beban kepada bahtera UMNO yang sedang bocor.
Sekaligus mempercepatkan lagi proses karam UMNO didasar laut.
Perbezaannya bukan kaum atau agama, tapi pertentangan ideologi ketara antara UMNO dan DAP bakal mewujudkan penentangan hebat, jika UMNO masih berwibawa mengibar panji perjuangannya.
UMNO Hilang Wibawa
Kepahlawanan UMNO luntur apabila mereka terpaksa berpaut pada tokang DAP.
Sampai tahap mengarahkan ahli UMNO mengundi DAP tanpa segan silu.
Lebih parah, tuntutan Ketua Pemuda akan permohonan maaf oleh DAP kepada UMNO berjaya dicantas oleh Presiden UMNO.
DAP tidak perlu minta maaf.
UMNO Dipimpin Oleh Zahid
Zahid Hamidi mempunyai imej tidak baik pada rakyat bahkan ahli UMNO.
Tindakan mempertahankan jawatan Presiden tanpa pertandingan yang dibuat amat tidak demokratik.
Lebih parah siri-siri penggantungan dan pemecatan kepimpinan UMNO yang berbeza pandangan dilakukan sacara koboi.
Hingga kini yang dipecat dan digantung tidak tahu sebab mereka dikenakan tindakan sedemikian.
UMNO Bukan Lagi Pengatur Tapi Dicatur
Berhadapan PRN kali ini, kita dapat lihat UMNO bukan lagi tukang catur pembahagian kerusi.
Zaman Tun M, Pak Lah dan Najib merekalah pengaturnya.
Kini, zaman Zahid, UMNO diatur dan dicatur dimanakah mereka boleh bertanding dan berapakah kerusi yang mereka boleh dapat.
UMNO hanya boleh mengikut.
Inilah lima sebab kenapa UMNO perlu ditinggalkan.
Selamat Tinggal UMNO.
Ahmad Fahmi Mokhtar