Bukan Wajib Percayapun

Bukan Wajib Percayapun

Presiden UMNO, Zahid Hamidi akan terus berpaut kepada Anwar Ibrahim.

Bukan sekadar itu, beliau semakin intim dengan pemimpin DAP kerana tahu itulah Abang Long sebenar PH dan Kerajaan Campuran.

Jadi tidak hairan kalau kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Zahid kebelakangan ini menampakkan kelunakannya terhadap DAP.

Malah beliau tanpa segan-silu cuba membina persepsi dalam kalangan akar umbi bahawa DAP bukan musuh sebenar UMNO.

Ke mana pula perginya Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan?

Setelah tempatnya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan diambilalih oleh Jalaluddin Alias, wajahnya kelihatan muram dan kelibatnya tidak selincah ketika menolak PAS daripada Muafakat Nasional dulu.

Agaknya beliau sudah dapat membaca percaturan bosnya.

Baik-baik menjadi kerbau bertanduk runcing, kini tanduknya sudah tumpul dan leweh diperkenakan oleh bos sendiri.

Saling tak tumpah macam nasib Ismail Sabri.

Ahmad Maslan pula telah memalukan akar umbi UMNO apabila menyeru ahli-ahli UMNO mengundi DAP pada PRN di enam buah negeri nanti.

Sampai begitu sekali beliau dipergunakan oleh anak murid kepada Cikgu Anwar.

Hari ini Khairy Jamaluddin pula membidas beliau dengan mengatakan Ahmad Maslan menjadi punca ekonomi negara merudum.

Ingatkan Ratu Formula Rapiji saja menghuru-harakan ekonomi negara.

Rupa-rupanya ada kembar seiras yang menyebabkan rakyat kepanasan.

Orang Zahid di bumi Terengganu pula mula memberi ingatan dan pengajaran pahit buat PKR dan PH.

Betul ke dia ni orang kepercayaan Zahid?

Dengar kata kalau BN/PH menang di Terengganu, Khairuddin at-Takkiri akan dilantik menjadi Menteri Besar yang baru.

Itulah yang membuatkan Ahmad Said mula panas hati dan tunjuk belang.

PKR apalagi PAN, jangan rasa besar diri apabila bersama dengan UMNO di Terengganu.

Cermin muka dulu seperti mana ingatan yang disuarakan oleh Ketua Perhubungan UMNO Terengganu itu.

Jangan nak bertanding banyak kerusi tetapi akar umbi tiada.

Siapa nak buat kerja? tanya Ahmad said.

Annuar Musa pula awal-awal isytihar menjadi ahli PAS.

Didakwanya pula 2 juta ahli UMNO sudah meninggalkan UMNO.

Marah bukan main geng kluster mahkamah nampaknya.

Mana ada seramai itu yang lari dari kapal UMNO.

Yang berduyun-duyun ke program Pelancaran Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) di seluruh negara tu bukan orang UMNO.

“Itu Jin 10”, kata Husam Musa.

Seorang ahli PAS atau BERSATU akan kelihatan menjadi 10 orang mengikut teori Jin 10 Husam.

PAS dah bagi ‘hint’ pemimpin-pemimpin besar UMNO yang tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi akan mengisytiharkan penyertaan mereka ke dalam PAS dan BERSATU sebelum PRN nanti.

Menjadi benar teori Jin 10 Husam.

Ke mana agaknya mantan pemuka PAN itu kini bertandang?

Cukuplah beberapa perkara Bukan Wajib Percaya buat masa ini.

Orang bukan nak baca panjang-panjang walaupun adengan-adengan menarik yang sedang berlaku dalam politik negara sedang bersusun-susun menunggu giliran.

Tunggulah hari ‘indah’ buat UMNO dan PH.

Kepada semua pengkhianat bangsa di atas sana jangan terkedu membaca tulisan ini.

Bukan wajib percaya pun.

BayangDiAir

UMNO