Di bawah jni adalah data rasmi daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA).
Bermula 2018 hingga 2022 pelaburan masuk ke Terengganu berjumlah RM11.59B.
Tuduhan Wan Nasiah ialah TIADA pelaburan langsung di bawah Kerajaan PAS dan Tengku Haphiz pula berkata hanya RM2.3B dengan hanya 29 projek sahaja.
Pertembungan yang maha dahsyat.
Salah seorang dari mereka pasti buta matematik atau mungkin kedua-duanya.
YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Adun Batu Burok yang juga Timbalan Exco untuk Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran.
Beliau mengambil laporan-laporan yang dibentangkan oleh agensi-agensi kepada Exco sebagai data sahih.
Ia bukan boleh direka-reka untuk mencantikkan laporan sebagai hiasan kepada rakyat.
Laporan ini sebelum dibentangkan, ia dipantau oleh pihak berkuasa kerana segala kemasukan pelaburan di negeri-negeri, Kerajaan Persekutuan juga akan mengambil datanya.
Jadi terbukti YB Dr. Khalil lebih berautoriti dalam memberikan data berdasarkan laporan sebenar MIDA dan juga kapasiti beliau sebagai Timbalan Exco berkenaan.
Bukan sekadar memberikan laporan akhbar sebagai data sahih.
Manakala Tengku Haphiz pula hanyalah anak kepada bekas atau mantan Exco portfolio yang sama pada tahun 2013-2018, iaitu Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, sebagai Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri.
Mungkin data rasmi, beliau boleh dapati dengan mudah pada zaman ayahandanya berkuasa itu.
Tetapi Tengku Haphiz harus sedar yang ayahanda beliau sudah dikalahkan oleh YB Dr Mamad pada tahun 2018.
Maka Tengku Haphiz bukan lagi anak Exco yang terlibat dengan portfolio ini.
Dan kerana kemalasan mencari data, Tengku Haphiz memberikan kritikan terhadap kenyataan YB Dr. Muhammad Khalil dengan sindiran yang kononnya YB telah salah dalam mengemukakan data.
Saya hanya tersenyum kerana jelas beliau rupanya hanya membaca laporan akhbar, bukan laporan rasmi MIDA secara keseluruhannya.
Lebih malang, laporan akhbar itu juga dibaca beliau separuh sahaja, tanpa memasukkan kenyataan Exco, Dato’ Tengku Hassan Tg Omar.
Entah kenapa Tengku Haphiz mengambil laporan akhbar secara terpilih sedangkan semua orang boleh membaca laporan akhbar itu? Hanya dia yang tahu.
Tetapi awas, jangan cuba tanya Mak Wan Nasiah pasal isu ini, nanti entah apa pula yang akan dia komen meraban.
Jadi, oleh kerana terlalu mudah kritikan Tengku Haphiz ini dipatahkan, maka saya kurang faham, kenapa beliau melakukannya.
Saya tidak menganggap ini satu serangan kepada PAS, tetapi lebih kepada serangan sesama mereka, tetapi menumpang atas isu yang PAS bawa.
Mungkin Tengku Haphiz tak berpuas hati kerusi di Langkap yang dikatakan akan diberikan kepada Mak Wan dan mahukan Dato’ Sabri kekal di sana.
PAS tidak mahu terlibat dengan peperangan sesama mereka.
PAS hanya mahu membetulkan tuduhan Wan Nasiah yang berbohong kepada rakyat Terengganu dengan niat yang sangat menyeleweng dan cubaan memperbodohkan rakyat dengan kenyataan fitnah tiada langsung pelaburan masuk ke Terengganu dalam masa lima tahun.
Dan Tengku Haphiz, Ketua Pemuda Umno yang membantu PAS membongkar pembohongan dan rekaan Wan Nasiah, Ketua Penerangan Wanita Umno.
Dan PAS pula membenamkan pula Tengku Haphiz kerana malas membaca dan tidak tahu di mana mahu mengambil data yang sahih.
Umno ni memang bahang rambang sokmo.
Mohd Nasir Abdullah




