3 Tokoh Isytihar Sertai PAS

3 Tokoh Isytihar Sertai PAS

Sebenarnya ada 5 tokoh yang sepatutnya mengisytiharkan penyertaan dalam PAS sempena Himpunan Teguh Pertahan.

Oleh kerana 2 tokoh berkenaan berada di KL dan berkeuzuran untuk hadir, kami teruskan dengan 3 orang sahaja.

Profesor Datuk Dr. Yahaya Ibrahim merupakan anak jati Batu Rakit yang pernah memimpin Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) sebagai Naib Canselor.

Tokoh akademik dan pentadbir universiti ini juga mula melibatkan diri bersama Muafakat Nasional dengan memainkan peranan sebagai Pengerusi Muafakat Nasional Terengganu.

Beliau memiliki 3 ijazah dalam bidang berbeza, iaitu Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Sarjana Sosiologi dan Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi (Pengajian Pembangunan).

Dato’ Hamzah Ngah pula merupakan anak jati Kampung Padang Air dan memiliki kepakaran dalam bidang Ekonomi.

Seorang yang agak ‘humble’ dan memanfaatkan masa setelah persaraan dengan aktiviti berkebun.

Memiliki pengalaman luas dalam sektor korporat dan mengakhiri perkhidmatan sebagai Pengurus Besar Ketengah.

Kini banyak memanfaatkan masa di kebun dengan pelbagai aktiviti pertanian.

Encik Azih bin Yusuf merupakan anak jati Terengganu yang telah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) lebih dari 33 tahun.

Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama pada waktu itu, beliau juga diberi tanggungjawab memegang portfolio Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (Government Chief Information Officer-GCIO).

Dalam tugasan ini, beliau memainkan peranan sebagai peneraju dalam penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Sektor Awam dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, pengukuhan dasar, standard dan amalan terbaik global, penggalakan pembudayaan ICT (ICT Acculturation) dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan penghasilan inovasi melalui aplikasi kerajaan elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT.

Sebenarnya banyak lagi ingin dikongsikan. InsyaAllah, temuramah bersama tokoh-tokoh ini akan dikeluarkan sedikit masa lagi.

PAS mengalu-alukan penyertaan tokoh-tokoh masyarakat secara terbuka dan amat menghargai kepakaran yang dimiliki oleh semua tokoh berpengalaman.

Ada yang telah sertai cuma tidak bersedia untuk isytihar kerana komitmen di pelbagai bidang yang memerlukan mereka dilihat tidak menjadi penyokong mana-mana parti.

Terengganu