Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pendapat yang mengatakan persaingan UMNO-PAS adalah IJTIHAD POLITIK adalah mengelirukan, tidak di perlukan dan merupakan fahaman songsang, bersifat “matlamat menghalalkan cara” atau Machiavellian Politics
Menurut beliar lagi, persaingan itu sebenarnya TIDAK DI PERLUKAN, dan sepatutnya boleh di ubah berdasarkan kepada prinsip TAAWUN (kerjasama) dan TAAYUSH (ujud bersama).
“TAAWUN dan TAAYUSH sebenarnya sudah terlaksana melalui gagasan MUAFAKAT NASIONAL tapi telah digagalkan atas kepentingan individu, dan bukan atas kepentingan dan prinsip Islam”, kata Annuar.
Beliau menambah dalam hantarannya melalui laman facebook miliknya bahawa sekarang ada individu yang cuba mereka-reka istilah bagi menghalalkan tindakan yang salah dan telah membawa padah.
Selain itu beliau berkata bahawa beberapa tokoh perniagaan telah membawa Nasi Lemak ke rumahnya dan breakfast bersama, sambil berbual suasana ekonomi dari sudut pandang komuniti perniagaan.
“Kita juga berbincang isu politik semasa, dan khususnya peranan saya dan PAS.. serta prospek pembangunan negeri Kelantan.”
“Kita perlu perbanyakkan lagi engagement bersama pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama agar saling memahami,” kata Annuar.
Usaha memberi gambaran salah tentang PAS perlu kita atasi, Insya Allah
