Dalam satu rancangan dialog Wacana, anjuran Sinar, Umno diwakili oleh mantan MB Terengganu yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said telah mengeluarkan beberapa kenyataan berkaitan dengan isu tanah dan perumahan di Terengganu, yang diperintah oleh PAS.
Manakala PAS pula diwakili oleh Dr Mohd Zuhdi Marsuki yang bukan terkait dengan Terengganu secara khususnya, pastinya tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaannya.
Kata DS Ahmad, Kerajaan PAS Terengganu tidak menunaikan janji-janji mereka dengan kegagalan menyiapkan rumah sebanyak 20 ribu buah dalam masa lima tahun, sebagaimana yang dijanjikan.
Kata beliau, baru siap 200 buah sahaja di Kemasik.
Begitu juga dengan isu tanah, beliau juga sebutkan dan mendakwa berlaku penyelewengan dalam kes tanah yang dijual kepada NGO, Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat PAS (Khairunnisa).
Beliau mendakwa telah dilaporkan kepada SPRM.
Terbaharu isu fitnah kepada Adun Kuala Berang yang juga Exco Infrastruktur, Dr Mamad Puteh.
Tuduh mereka, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Permint) kononnya telah menukar nama dua lot tanah kepada isteri Exco.
Sehinggakan isu ini dimainkan oleh Pahlawan Fitnah mereka, Lokman Adam, nun jauh duduk di KL, tanpa mengetahui yang tanah itu telah ditawarkan untuk dijual oleh Permint (nanti saya akan jelaskan isu ini dalam lain tulisan).
Tetapi Pahlawan Fitnah Umno ini amat diminati oleh ahli Umno Terengganu yang dahagakan menghirup kencing fitnah.
Tanah Dataran Khairunnisa, sudah dijelaskan.
Ia tanah yang dijual kepada NGO (bukan bini MB), dalam mesyuarat Exco.
Dalam mesyuarat itu, ada lagi tiga orang bukan dari parti PAS, SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri, lantikan Pusat.
Adakah mereka bertiga ini patung tidak bernyawa di dalam mesyuarat itu?
Soalannya, jika benar tanah itu yang dahulunya dijual kepada Koinsaf secara salah oleh Kerajaan PAS tahun 1999-2004, kenapa Kerajaan BN membelinya pula tanah itu menurut peraturan jual beli secara betul?
Kenapa tidak dirampas sahaja sebab jual beli sebelum itu salah?
Bodoh benar Kerajaan BN, membeli tanah haram dengan harga semasa, kemudian melalak menuduh orang menipu, tetapi tidak ambil tindakan.
Tanah Rezab Melayu (TRM), selepas Umno habis memerintah, dalam rekod Kerajaan Negeri, hanya tinggal 118 hektar sahaja.
Kerajaan PAS Terengganu menambah keluasannya menjadi 1938 hektar dalam masa lima tahun.
Umno pernah menjual TRM Terengganu di Kuala Berang kepada syarikat Cina, Zon Ria dari Pulau Pinang dengan menukar status tanah menjadi ‘pegangan bebas’.
Berlaku juga di Paka.
Sekarang Umno cuba menjadi jaguh yang berkokok, tetapi bertempek-tempek tahi di ekornya.
Bukan tahu malu juak-juak Umno ini.
Namun DS Ahmad akhirnya mengaku yang Kerajaan PAS Terengganu telah berjaya mengagihkan tanah-tanah kepada rakyat Terengganu, sebanyak 28 ribu lot 2018 Hingga 2023.
Berkenaan perumahan yang DS Ahmad Said fitnah hanya siap 200 buah setelah berjanji untuk menyiapkan 20 ribu buah rumah dalam masa lima tahun.
Beliau mungkin ingat seluruh rakyat Terengganu setaraf dungunya dengan ahli Umno, yang masih menyokong beliau.
Dalam Wacana itu, beliau kata beliau yang bertanya di Dun, tetapi soalan yang direkod dalam ‘handsard’ Dun Terengganu dari Wakil Hulu Besut, Dato’ Nawi Mohamad di Sidang Dun bertarikh 15 Mac 2023 untuk semua kemajuan projek-projek itu.
Exco Dato’ Dr Alias Razak menjawab, 2885 buah rumah telah siap dan diserahkan.
13,528 buah masih dalam pembinaan dan 5196 lagi masih dalam perancangan.
Jumlah 21619 buah rumah kesemuanya.
Apa Mat Said buat dalam Sidang Dun? Tidur ke?
Betapa murahnya hati Kerajaan PAS Terengganu, tidak cukup dengan itu, dibantu pula menyiapkan projek rumah terbengkalai di tiga tempat, walaupun bukan projek Kerajaan Negeri dengan melantik kontraktor penyelamat.
234 buah di Padang Setengge yang bermasalah semenjak 2011, di Kertih sebanyak 138 buah semenjak 2012 dan di Batu Rakit 106 buah bermula 2012.
Ada juga disambung untuk disiapkan projek rumah dari zaman BN yang gagal seperti di Mak Kemas, Bukit Payung.
Begitulah kisah disebalik penipuan, pembohongan oleh pimpinan Umno Terengganu.
Kita faham kenapa mereka mesti menipu, sebab mereka mahu menjaga kedudukan mereka.
Tetapi kita tidak faham kenapa ramai yang masih percaya dengan fitnah ini, sambil menokok tambah cerita yang ada.
Cerita asal mereka sudah terbukti fitnah, bila ditambah lagi fitnah lain, menjadi dua fitnah dalam satu cerita.
Paling teratas bodoh dalam semua kebodohan Umno ini ialah, isu inilah yang mereka telah gunakan secukupnya dalam kempen PRU15 mereka.
Yang akhirnya menyebabkan mereka kehilangan sembilan lagi kerusi Dun mengikut kiraan undi Dun ke Parlimen.
Hanya Telemong yang menang, itupun bekas Adun Telemong sekarang sedang sibuk menepis isu menangkap ikan secara haram.
Mohd Nasir Abdullah