Usaha PMX Mendapat Sokongan Ahli UMNO Setelah Sedar Ahli UMNO Tetap Menolak PH Dan DAP

Usaha PMX Mendapat Sokongan Ahli UMNO Setelah Sedar Ahli UMNO Tetap Menolak PH Dan DAP

Demi menarik undi UMNO kepada PH DAP Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba menjual naratif baharu kononnya Datuk Seri Anwar yang menghalang PM ke-8 Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri ketika itu dari mengharamkan UMNO.

Pertama, saya sendiri telah menyemak dengan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin, cerita ini adalah tidak benar dan tidak pernah dibuat sebarang keputusan untuk mengharamkan UMNO.

Kedua, mengetahui cara kepimpinan Tun Dr Mahathir, jika benar dia hendak mengHARAMKAN UMNO, tidak mungkin ada orang yang dapat menghalangnya.

Apa lagi Datuk Seri Anwar yang Tun Mahathir langsung TIDAK libatkan dalam urusan kerajaan.

Ketiga dan paling penting, jika benar Datuk Seri Anwar yang menyelamatkan UMNO dari diharamkan pada tahun 2019, mengapa Datuk Seri Zahid tidak menyokong Anwar menjadi PM semasa berlaku Langkah Sheraton, sebaliknya menyokong Tun M dan kemudiannya menyokong TSMY jadi PM?

Di mana logiknya cereka Anwar dan Zahid ini?

Sebaliknya Datuk Seri Zahid turut berhempas pulas menandatangani SD menyokong Tun Dr Mahathir, dan kemudiannya menukar SD kepada menyokong Tan Sri Muhyiddin dan menolak usaha Datuk Seri Anwar untuk jadi PM ketika itu.

Jika Tan Sri Muhyiddin begitu jahat dan DS Anwar begitu baik mahu menyelamatkan UMNO, mengapa Datuk Seri Zahid yang didakwa mengetahui jasa ANWAR menyelamatkan UMNO ini tidak mengajak Ahli-ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar menjadi PM ketika itu?

Kita tahu jika benar UMNO nak diharamkan, sudah lama ia boleh diharamkan, kerana begitu banyak kesalahan UMNO yang melanggar peraturan ROS, terutama berhubung Borang 9 sepanjang tahun 2012-2018.

Tetapi ROS tidak pun berbuat demikian.

Malah sudah terbukti TSMY yang membawa UMNO menjadi kerajaan, bukan mengharamkan, MALAH AKHIRNYA MENYERAHKAN KERAJAAN PIMPINANNYA KEPADA UMNO dengan DSIS menjadi PM.

Jadi pada saya, cerita DS Anwar “selamatkan UMNO dari diharamkan” bukan saja telah dinafikan sendiri Tun dan TSMY, MALAH ini hanyalah rekaan umpama AJI NO MOTO menyedapkan cerita, menjelang PRN Ogos ini.

Sudah pasti cereka ini tidak mudah ditelan oleh ahli-ahli yang bijak yang merupakan JAUHARI YANG LEBIH MENGENAL MAKNIKAM.

Sebenarnya ahli-ahli UMNO tahu siapa yang sebenarnya sedang memperguna dan mematikan UMNO.

Annuar Musa

UMNO