Sial apa sedang dibawa oleh kerajaan PHBN yang berselindung di sebalik madani.
Aksi cium sesama lelaki dan meminum arak di atas pentas dalam konsert The Good Vibes Festival 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, SELANGOR mencabar kesabaran umat Islam dan semua bangsa yang berakhlak dan bermaruah.
Mereka berani melakukan tindakan biadab mempromosikan LGBT kerana mereka telah mendapat maklumat yang cukup tentang kerajaan yang memerintah pada hari ini.
Sebuah ‘madani’ yang amat santun dengan ‘bendera pelangi’ tetapi amat aggresif dengan ‘bendera hijau’.
Konsert gila yang dibawa oleh golongan laknatullah, balalah jadinya.
Kerajaan tidak boleh berlepas tangan atau turut menunjukkan dukacita apabila insiden kebinatangan terjadi.
Keruh di hulu keruhlah dihilir. Bapa borek anak rintik.
Janganlah berpura-pura terkilan atas apa yang terjadi.
Sekilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.
Lalang yang ditanam, jangan harap padi yang tumbuh.
Apa yang berlaku hanyalah cerminan sebuah kerajaan yang korup moral.
Rakyat telah dengar dan lihat bagaimana pemimpin negara dengan penuh budi bahasa menjemput Cold Play sebelum ini.
Cold Play dan The 1975 hanyalah mukadimah kecelaruan akhlak yang cuba dipromosikan kepada rakyat Malaysia.
Kata orang Terengganu, “lok, koho punoh” membawa maksud ‘jika dibiarkan maka keadaan akan semakin rosak’.
Semasa BN perintah Terengganu dari 2004 hingga 2018, banyak kerosakan berlaku dalam negeri.
Berpuluh-puluh kes bangunan retak dan runtuh termasuk Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
PAS memperingatkan rakyat Terengganu agar kerajaan BN Terengganu wajib ditumbangkan demi kesejahteraan rakyat dan negeri.
Slogon “Lok, Koho Punoh” akhirnya berjaya menyelamatkan negeri dan rakyat Terengganu daripada kerosakan yang dibawa oleh sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab.
Atas keinsafan tersebut, rakyat beramai-ramai keluar mengundi dan menumbangkan hegemoni UMNO/BN.
Gelombang “Lok, Koho Punoh” patut diarusperdanakan sekarang.
Rakyat dan negara Malaysia berhadapan dengan kemelut yang sangat meruncing dari sudut akhlak, kos sara hidup, perpaduan dan kesejahteraan sosial.
Justeru jangan dibiarkan situasi ini berterusan.
Kesialan ini mesti dinokhtahkan di kertas undi.
Rakyat semua bangsa baik Melayu, Cina dan India yang masih ada maruah dan jatidiri sewajibnya menggerakkan gelombang ini secara bersepadu.
Tunjukkan bahawa bangsa Melayu, Cina dan India boleh bersatu jika tidak diapi-apikan oleh puak cauvanis.
Jangan biarkan kerosakan moral, ekonomi yang punah dan persengketaan kaum mengancam generasi anak cucu kita.
Jangan sekali-kali dibiarkan kerana ‘kalau lok, koho punoh’.
BayangDiAir