Jangan Percaya Janji Manis DAP

Jangan Percaya Janji Manis DAP

Orang Pulau Pinang perlu tahu,

Salah satu daripada janji manifesto PH adalah berkenaan projek lebuh raya dan terowong dasar laut.

Projek terowong dan 3 buah lebuh raya ini memakan kos sebanyak RM6.3 bilion.

Mengikut jadual pembinaan yang ditetapkan semasa projek diberi, pembinaan projek akan bermula pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada 2023.

Ironinya pada 2015 DAP mengaku kelewatan telah berlaku dan menjanjikan pembinaan akan bermula pada 2016.

Tamat 2016, DAP ulang janji yang sama. Katanya, pembinaan akan bermula pada 2017.

Tamat 2017, DAP janji pembinaan akan bermula pada 2018.

Kemudian DAP ulang, katanya pembinaan sebuah jalan bagi projek terowong itu akan bermula pada 31 Oktober 2019.

Terlalu panjang siri janji dan penipuan berlaku.

Sudah hampir 10 tahun, sudah tahun 2023, projek ini masih ghaib meskipun telah memakan kos berjuta ringgit.

Tutup kes terowong dan lebuh raya.

Pada PRU-12, DAP janji akan hapus Tol Sungai Nyior jika diberi kuasa perintah Pulau Pinang.

Kemudian DAP janji pula akan mansuh Tol Jambatan Pulau Pinang jika rakyat beri mandat untuk mereka bentuk kerajaan persekutuan.

Sudah menjelang PRN ke-15, tol-tol tersebut masih belum dimansuhkan dan masih beroperasi seperti biasa.

Tutup isu tol.

DAP bukan sahaja banyak membuat janji manis, program yang dibuat juga banyak yang sia-sia.

Pada 2012, kerajaan negeri Pulau Pinang belanjakan RM8.5 juta untuk program Wifi Percuma.

Pada 2019, program tersebut dihentikan.

Tanpa malu pada Jun 2023, Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan 61 manifesto kerajaan negeri tersebut telah dilaksanakan dengan pencapaian 92.4%.

Anda percaya?

Orang Pulau Pinang perlu tahu, bukan Anwar Ibrahim sahaja yang mahir menipu dan mungkir janji, tetapi DAP juga mempunyai perangai serupa.

Sebenarnya pembangunan yang dibanggakan oleh DAP di Pulau Pinang itu untuk siapa?

Adakah rakyat akan terus percaya dan termakan dengan janji manis mereka?

USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH

Timbalan Pesuruhjaya 3,

PAS Pulau Pinang

Pulau Pinang