Tak Ada Idea Nak Berkempen

Tak Ada Idea Nak Berkempen

PH dan BN di Kedah tak ada idea nak kempen apa.

Cuma mampu ajak kalih bagi sama saja.

Siapa bakal MB Kedah daripada BN?

Tok Det adalah bekas MB sebelum 2008. Tak ada idea baharu.

Berlaku skandal dan penyelewengan, sehingga dia tumbang 2008.

Ustaz Azizan naik jadi MB.

PRU15 lalu pun rakyat tolak Tok Det dengan majoriti besar.

Mahfuz? Lagi takdak kredibiliti untuk jadi MB.

Jadi Timbalan Menteri dulu pun ‘ke laut’…. Jadi pengerusi LPP pun tak nampak apa hasil kerja.

Dia terer dan petah bercakap.

Tapi setakat sesuai jadi pembangkang saja.

Rakyat pokok Sena tolak dia 31,000 majoriti pada PRU15 lalu.

Dua orang heavyweight PH/BN untuk rebut MB Kedah ini sebenarnya tidak akan mampu membawa Kedah menjadi lebih baik.

Kedah hanya akan berkembang maju pada kadar yang rendah kerana kedua-dua mereka hanya mengikut arus yang lalu.

Umpama ayam daging.

Orang beri dedak, makan. Orang nak sembelih, serah tengkuk.

Jika Pusat membelai Pulau Pinang untuk menjadi The Greater Penang, PH/BN Kedah hanya akur dan berfikiran mahu menumpang kemajuan Pulau Pinang.

Padahal sumber manusia, sumber alam, kedudukan geografi dan geopolitik Kedah sangat besar untuk bangkit menyaingi dan menjadi lebih maju berbanding Pulau Pinang.

Pemimpin PH dan BN yang melaung kalih untuk bagi sama dengan Pusat – hanyalah mahu bekerja menjadikan Kedah sebagai feeder kepada kemajuan Pulau Pinang.

Buat apa kalih Kedah bagi sama dengan Pusat, jika kita ada peluang kalih Pusat bagi sama dengan Kedah kelak?

Kalau dahulu Perang Musuh Bisik berjaya menghalau kejahatan Siam menjarah bumi Kedah dengan strategi bisik dan gempur, kali ini kita berdiri bersama pemimpin yang mahu jadikan The Greater Kedah sebagai wilayah yang gagah di utara Malaysia dalam bidang ekonomi, kejuruteraan, pertanian, makanan, pendidikan, kemahiran dan keilmuan.

Everything has been planned.

Undi anda menentukan penerusan agenda The Greater Kedah.

Jangan biarkan Kerajaan Madanon Pusat menghalangnya.

p/s: Yang ada TikTok, boleh baca tulisan saya atau mana-mana artikel orang lain yang sesuai, rakam suara.

Post dekat TikTok…bubuh laa video atau gambar apa yang patut.

Kan itu cara yang mudah untuk buat content TikTok sebagai membantu kempen.

Dr Tanaka Mustafa

Kedah