Banyak video kempen daripada calon dan pemimpin PH memandang sinis akan rancangan Sanusi untuk menjadikan Kedah sebagai The Greater Kedah.
Kata mereka, apa guna The Greater Kedah kalau pesawah tidak terbela, orang miskin tidak dibantu dan sebagainya.
Sebenarnya The Greater Kedah bukan hanya KXP dan kedah Aerotropolis sahaja.
The Greater Kedah merangkumi semua aspek ekonomi, pendidikan, sosial, hak-hak rakyat, inistaif bantuan kepada rakyat, infrastruktur asas, pelaburan industri dan sebagainya – yang dipertingkatkan.
Ia tidak menjadi The Greater Kedah jika pesawah tidak dibela, nelayan terbiar melukut ditepi pelabuhan besar.
Komponen The Greater Kedah itu termasuklah menaiktaraf hidup rakyat bukan sahaja dari sudut material, bahkan dari sudut rohani sebagaimana slogan “Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti”.
Bermakna orang miskin semestinya dibela, dan orang kaya tertanam sifat empati dan simpati.
The Greater Kedah mahu bukan sahaja memajukan pembangunan material dan membangkitkan ekonomi secara besar-besaran, tetapi juga mahu melahirkan anak Kedah yang tinggi nilai adab dan syakhsiyah, berilmu, berintegriti, berkemahiran, dan berdaya saing – melalui projek Cordova of Kedah.
Keseluruhan projek berskala besar, sederhana dan kecil akan dirangka bersifat sinergi antara satu sama lain.
MB Sanusi telah menyusun calon-calon yang berkredibiliti akan diletakkan dalam bidang-bidang kepakaran masing-masing untuk menjayakan The Greater Kedah.
Pada masa yang sama, seiring dengan pembangunan The Greater Kedah, MB Sanusi juga menyusun rancangan untuk kesejahteraan rakyat sebelum The Greater Kedah tercapai.
Insya Allah, MB Sanusi akan menampilkan barisan exco yang terbaik untuk menyambung kerja terdahulu seterusnya menjalankan rancangan yang sudah dirancang untuk The Greater Kedah.
Pemimpin yang hebat mesti mempunyai cita-cita besar untuk negeri dan rakyatnya, kemudian menggembeling tenaga dan kepakaran, merancang strategi dan melaksanakan mengikut kemampuan, menghindari perkara-perkara yang tidak bermoral, istiqamah dan fokus kepada tugas yang diberikan.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa