Strategi Takfiri PAS/PN Dalam PRN

Strategi Takfiri PAS/PN Dalam PRN

Antara strategi PH/BN untuk lawan PAS/PN dalam PRN baru-baru ini adalah – menyerang PAS dengan isu takfiri, yakni mempropagandakan PAS/PN sebagai golongan takfiri yang suka mengkafirkan orang yang tidak menyokong PAS/PN.

Maka sekonyong-konyong lebai-lebai AMANAH, lebai-lebai dalam UMNO, infleuncer PKR bagai semua itu berceramahlah mendendangkan PAS/PN itu parti takfiri suka mengkafirkan orang.

Dengan mimik muka bengis marah-marah dahi berkerut matanya menyorot ganas – mereka menerangkan bahawa rakyat mesti menolak parti takfiri seperti PAS/PN.

Ceramah-ceramah propaganda itu diperkuatkan dengan contoh-contoh individu yang mengkafirkan orang, menerakakan orang BN dan orang PH, nak tanam orang dalam jirat Cina, dan sebagainya.

Dengan ceramah yang begitu emosi dihamburkan dalam ceramah-ceramah mereka – akhirnya mereka dan audiens mereka sendiri terpercaya dengan propaganda mereka sendiri.

Padahal mereka tersangat bodoh untuk memahami bahawa rakyat yang berpuluh juta itu tidak termakan pun dengan hasutan dan propaganda mereka.

Rakyat yang hadap kempen PAS/PN dalam siri ceramah, siri TikTok, media masa dan sebagainya – maka rakyat tahu bahawa sepanjang kempen PAS/PN, tak ada pun elemen takfiri seperti yang mereka propagandakan.

Boleh kita sebut – sendiri reka, sendiri percaya.

PH/BN percaya dengan propaganda sendiri kononnya dalam PRU15 PAS/PN menang disebabkan sentimen agama dan takfiri.

Sebab itu mereka habiskan masa dan tenaga mereka untuk tackle isu takfiri.

Padahal mereka bodoh untuk menterjemahkan apa itu gelombang penolakan rakyat terhadap mereka – bukan disebabkan isu takfiri pun.

Jika ada elemen takfiri pun tak sampai 0.001% daripada keseluruhan kempen PAS/PN.

Ada tu ada lah, tak dapat nafi sebab dalam mana-mana pihak pun akan ada spesis ekstrim.

Kebodohannya adalah mereka fokus benda yang sangat kecil tanpa mahu lihat kepada punca gelombang besar.

Gelombang besar itu bukan gelombang takfiri.

Berlambak isu-isu besar ekonomi, tatakelola, sembang kelola, janji tidak ditepati, sikap menteri PH/BN, cakap tak serupa bikin PM sendiri, salahguna harta dan agensi kerajaan untuk kepentingan politik parti, sampailah kepada kebodohan menyerang Sanusi secara bertubi-tubi.

Semua ini menghasilkan gelombang besar rakyat terutama orang Melayu/Islam yang faham perkara ini – 99.99% kefahaman ini.

Tapi penceramah leibai PH/BN selama dua minggu kempen, duk main sentimen takfiri.

Tak ada takfiri pun dalam PAS/PN secara umumnya.

Sekor dua yang ekstrim tu takleh kata apa dah, dalam berjuta ahli PAS/PN, mesti laa ada dua tiga orang yang terlajak dan termelampau.

Orang PAS sendiri pun marah kalau ada penceramahnya duk mengkafirkan orang.

Tengoklah semasa PRU15, orang-orang PAS sendiri yang hentam ketua pemuda PAS Sik.

Dia pun mengaku salah dan letak jawatan.

Tapi penceramah PH/BN sampai ke PMX sendiri duk ulang-ulang cerita itu untuk hasut rakyat tolak PAS/PN – tanpa mahu tackle apa itu gelombang sebenar.

Selepas PRU15, geng-geng PH/BN buat analisis kononnya orang pakat menangkan PAS/PN kerana memomokkan pengundi dengan isu agama termasuk tak boleh azan, kena pakai skirt dan sebagainya.

Mereka yakin jika penerangan ini dijelaskan kepada rakyat, PRN 6 negeri mereka akan dapat meredakan gelombang PAS/PN.

Ternyata jangkaan mereka meleset.

Bukan saja gelombang tak reda, malah meningkat berlipat ganda.

Geng PH/BN ni masih lembab untuk berfikir bahawa era takfiri 1980an – ada penceramah PAS yang sebut terang-terang orang UMNO kapir masuk neraka (mereka ini dipecat dan masuk UMNO setelah itu).

Ketika penceramah itu mengkafirkan orang secara terang dalam ceramah – PAS tak pernah menang pun.

Tak ada gelombang apa pun terbentuk waktu itu.

Takkanlah PAS bodoh benar nak mengkafirkan orang diwaktu zaman media sosial yang memberi maklumat yang pantas.

Tentu backfire teruk.

Saya ulang…!

PAS/PN menang besar dalam PRU15 dan PRN 6 negeri bukanlah atas isu takfiri dan menunggang agama.

Saya bagi cheatcode mudah untuk geng PH/BN faham.

Gelombang besar ini adalah berpunca daripada gelombang penolakan terhadap PH/BN dan aura Sanusi.

Dua benda ni saja yang PH/BN kena hadap.

Bukan duk merpek isu takfiri.

Dah dua pilihanraya besar kalah teruk pun masih percaya dengan tipudaya sendiri. Apaaa daaa.

Nak tengok teori saya ini betul atau tidak, teruskan lah menjaja isu PAS/PN takfiri untuk PRK Pulai dan Simpang Jeram nanti. Good Luck!

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Politik