Dalam UMNO masih ada pemimpin yang bagus dan baik.
Tapi bilamana berpakat dengan PH, mereka tetap kalah dalam PRU15 dan PRN – kerana gelombang penolakan orang Melayu terhadap PH.
Namakan saja ia sebagai gelombang hijau ka, gelombang PN ka, gelombang Sanusi ka – hakikatnya satu – majoriti orang Melayu/Islam tolak PH.
Maka logiklah parti atau individu yang berpakat dengan PH juga ditolak, bukan ditolak kerana kredibilitinya atau kebagusannya buat kerja.
Malahan orang UMNO/BN juga ada yang menyertai gelombang itu memenangkan calon-calon PN.
Bukan mereka tidak sayangkan UMNO/BN, tetapi mereka tidak mahu PH menang. Kenapa?
Sebab sekian lama parti-parti dalam PH lah yang menghentam, menghina, memburuk-burukkan UMNO/BN secara keterlaluan, siap ada lagu menghina – dilaungkan dalam kempen-kempen PH.
Pemimpin-pemimpin UMNO/BN dipandang jijik dan hina dengan label penyamun, sakau, dan istilah kleptokrat digunakan oleh PH kepada pemimpin UMNO/BN.
Dan isu paling besar yang dimainkan oleh PH adalah isu 1MDB – yang mengakibatkan DS Najib yang disayangi orang UMNO/BN – dipenjara.
PAS, Mahathir, Muhyidin dan Bersatu juga pernah menghina UMNO/BN?
Tidak dinafikan, PAS juga pernah terlibat menghentam UMNO.
Tetapi pada waktu itu PAS bersama dengan geng PH itu dalam Pakatan Rakyat.
Orang-orang AMANAH pun masih ada dalam PAS.
Merekalah anasir yang sangat kuat menghina UMNO/BN – sehinggalah PAS menarik handbrake untuk follow kumpulan ini.
Ahli-ahli PAS halau mereka keluar, dan PAS mula kendur daripada menyerang UMNO kerana kumpulan itu sudah keluar dan tubuh parti oren itu – menubuhkan PH bersama PKR dan DAP.
Sejak PAS cuba bersikap neutral terhadap UMNO, geng PH membina persepsi yang jijik terhadap PAS kerana berkawan dengan UMNO.
Lihat betapa mereka hina UMNO sehingga PAS yang berkawan dengan UMNO pun dianggap jijik – dilabel sebagai berkawan dengan penyamun, penyakau dan kleptokrat.
Bukan sahaja PAS dikempen sebagai berkawan dengan penyamun – mereka turut hamburkan kata-kata menghina – “ulamak berkawan dengan penyamun”.
Siapa yang menghina UMNO? Geng PH.
Selepas DS Najib dijatuhkan hukuman bersalah, pemimpin PAS pergi ziarah DS Najib – pun geng PH hina sebagai PAS ziarah penyamun.
Orang-orang UMNO yang waras dan baik tentu terluka dengan keterlampauan geng PH menghina pemimpin kesayangan mereka.
Siapa hina DS Najib? Geng PH.
Mahathir, Najib dan Bersatu pulak bagaimana?
Mereka ini kumpulan tersakiti daripada UMNO, keluar UMNO, marahkan DS Najib.
Kempen mereka menghina UMNO dan DS Najib sebagai sakau, penyamun dll bermula setelah mereka join PH.
Ya, mereka main isu 1MDB untuk jatuhkan DS Najib.
Tapi isu 1MDB itu dimulakan oleh geng PH sekian lama.
Geng Mahathir, Muhyidin dan Bersatu hanya ambil peluang menunggang isu 1MDB untuk jatuhkan DS Najib – tetapi akhirnya mereka keluar dan tubuh Bersatu.
Jika PH tidak mulakan isu 1MDB, geng Mahathir/Muhyiddin tidak akan ada isu besar untuk ditunggang melawan DS Najib dari dalam UMNO.
Jadi secara keseluruhannya, PH adalah punca UMNO/BN dihina teruk dan membawa konotasi jijik itu sampai hari ini.
Dalam PH sekarang juga masih ramai yang pandang jijik terhadap UMNO/BN.
Mereka cuma menutup hidung sahaja supaya busuk UMNO tidak masuk ke dalam rongga hidung mereka, agar mereka boleh membentuk kerajaan.
Ahli UMNO yang waras nampak perkara ini.
Cuma pemimpin UMNO di bawah Presiden Zahid Hamidi sahaja menebal muka – untuk berkuasa juga.
Ahli UMNO sedar mereka tidak boleh melawan presiden dan kepimpinan UMNO yang berpakat dengan PH, kerana pasti mereka akan dipecat.
Maka mereka gunakan pilihanraya sebagai medium protes mereka, menyertai gelombang rakyat menolak PH.
Bukannya mereka menolak pemimpin yang baik-baik dalam UMNO.
Jadi, sangat peliklah jika ada sebahagian orang UMNO pro Zahid menyalahkan PAS sebagai punca UMNO ditolak oleh rakyat.
Geng UMNO Zahid ini membuat cubaan berkempen memalitkan PAS dengan isu ‘PAS mengkafirkan UMNO’ sebagai cara memburukkan PAS di mata orang-orang UMNO yang lain.
Walhal ahli-ahli UMNO yang baik-baik dan waras nampak permainan geng pro Zahid ini.
Mereka tidak lupa penghinaan sakau, samun, kleptokrat dan hoi-hoya-hoi yang dihambur oleh PH kepada UMNO dan DS Najib.
Penghinaan yang memberi luka puluhan tahun kepada mereka ini tidak mudah untuk sembuh dengan hanya slogan perpaduan dan Madani.
Belum 10 bulan, tidak akan mudah sembuh lukanya melainkan orang-orang yang dibius dengan kuasa.
Itulah punca dalam PRU15 dan PRN baru-baru ini calon-calon UMNO/BN yang baik-baik dan perform juga ditolak dalam gelombang penolakan terhadap PH.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa