PMX Dan Menteri Kekurangan Maklumat Pasal Kecukupan Beras?

PMX Dan Menteri Kekurangan Maklumat Pasal Kecukupan Beras?

MP Pembangkang tanya pasal beras mahal.

Menteri jawab balik kenapa beli beras import. Memang mahal. Beras tempatan tidak naik harga pun.

MP pembangkang tanya lagi, ia bukan masalah beras tempatan tak naik harga, tapi beras tempatan tidak kelihatan di pasaran.

Rakyat terpaksa beli beras import yang mahal.

Menteri jawab lagi, kawasan mana yang tak ada beras tempatan tu, cuba bagi tau.

Kami akan suruh FAMA hantar beras tempatan. Bagi alamat.

MP Pembangkang tanya lagi, adakah berlaku penipuan dalam pembungkusan beras, yakni pengedar beras membungkus beras tempatan dalam kampit beras import untuk dijual mahal?

Menteri jawab tak ada.

Maklumat kami menyatakan tak ada kes tukar kampit beras. Kalau ada sila report.

Menteri jamin beras tempatan mencukupi. Jangan memfitnah dan bawa cerita tidak benar.

Menteri dan LPP anjur jualan beras tempatan secara besar-besaran. Murah. Harga RM26 untuk 10kg.

Berebut rakyat datang membeli. Beratur panjang.

Malahan siap ada rakyat yang marah dan kecewa apabila stok beras jualan itu habis, mereka tak sempat beli.

Hah, bukankah ini buktinya beras tempatan memang tiada dalam pasaran sebegaimana MP pembangkang bangkitkan dalam dewan. Takkan menteri masih benak untuk faham?

Kalau beras tempatan RM26 pack 10kg tu berlambak dalam pasaran, buat apa rakyat nak buang masa berebut di tempat LPP buat jualan tu?

Lebih baik depa pi beli dekat pasaraya ataupun kedai runcit saja.

Depa berebut, siap marah dan kecewa sebab tak dapat tu – maknanya dalam pasaran tak ada.

Dalam pasaran hanya ada banyak beras import.

Menteri dan PMX menjawab soalan dalam parlimen hanya untuk melepaskan diri sahaja, walhal tak tau pabenda.

Mungkin dalam masa sebulan dua lagi, harga beras akan kembali stabil apabila beras import akan kembali murah.

Sebab India mungkin akan kembali mengeksport beras mereka.

India stop eksport beras disebabkan isu nak stabilkan harga beras dalam negara mereka – yang sedang hadapi pilihanraya.

Apa yang kerajaan perlu buat dan mungkin sedang buat adalah deal dengan India supaya diberi keutamaan untuk eksport beras ke Malaysia setelah mereka kembali mengeksport beras.

Kalau boleh lagi awal, menteri pujuklah India bagi kita dapat bekalan awal.

Sementara tunggu sebulan dua itu, bertekaklah bagi puas.

Anak ketua darjah pun boleh biasakan diri buat tantrum depan daddy.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Isu Semasa