Semua orang faham dengan keperitan ekonomi sekarang.
Boleh bincang elok-elok tetapi jangan sampai fitnah dan tak tahu apa, kemudian buat hantaran yang konon YB tidak buat kerja.
Atau bahasa mudahnya, perlukah apabila YB buat tinjauan ke sana mesti melaporkan kepada dia dahulu?
Apapun, parking PBT mahupun swasta juga menyediakan pekerjaan kepada rakyat, bukan hanya perniagaan lain.
Semua kita mahu mencari rezeki dengan cara yang halal untuk menyediakan keperluan keluarga.
Kita semua tahu yang PBT antara punca pendapatanya ialah kutipan seperti parkir.
Mungkin kita boleh bincang kadarnya berapa.
Tetapi meniadakan bayaran parking adalah tidak munasabah kerana ia sudah diamalkan sejak dahulu lagi.
Siapapun kerajaannya, kita semua tetap membayar parkir.
Dan perlukah sehingga membakar pondok sampai dua kali?
Apa yang mahu ditunjukkan kepada masyarakat?
Untuk makluman semua, bayaran royalti yang sepatutnya Terengganu terima RM1.5B tahun 2023, hanya diterima sebanyak RM500 juta sahaja.
Jelas, ia satu janji yang dikhianati..
Gambar di bawah ialah hantaran yang dibuat tanpa mengetahui yang dua orang Exco Hishamuddin Abdul Karim dan Wan Sukairi Wan Abdullah sudah turun menemui beberapa peniaga di situ.
Mohd Nasir Abdullah
