Ada satu video di TikTok daripada seorang brader yang memberi penerangan ringkas mengenai projek jambatan darat Thailand yang mampu memendekkan laluan perdagangan dari timur ke barat – kerana bertindak sebagai jalan pintas – tidak lagi melalui laluan Singapura dan Selat Melaka.
Brader tersebut menyatakan bahawa Singapura sudah ada plan ekonomi untuk hadapi kesan ekonomi jika projek Thailand itu siap kelak.
Lalu dia melontarkan persoalan – bagaimana dengan malaysia?
Saya membuat sedikit komen – menyatakan bahawa ‘mungkin’ pembinaan KXP dan perancangan The Greater Kedah boleh menjadi jawapan kepada apa yang perlu Malaysia boleh buat untuk hadapi impak ekonomi kepada negara kelak.
Tetapi ramai yang reply negatif pasal KXP dengan konotasi memperlekeh usaha tersebut dengan sindiran itu projek Mukhriz, Nusi claimed saja, itu projek kesayangan Mahathir, tak mungkin KXP dapat lawan Thailand sebab Kedah nak lawan ekonomi Penang pun tak mampu…dan banyak lagi.
Sebenarnya para pengomen tu tak reti apa pun pasal projek KXP, lebih-lebih lagi yang masih duk main isu – itu projek Mukhriz, Nusi hanya duk claimed.
Sebenarnya KXP tu adalah projek kerajaan negeri, bukan projek Mukhriz atau mana-mana individu.
Ia dimulakan pada zaman MB Mukhriz BN, kemudian MB Mat Bashah BN, kemudian MB Mukhriz PH.
Selama sembilan tahun projek itu on paper, kajian itu dan kajian ini dibuat, pelbagai prosedur teknikal dan undang-undang dilakukan – telah pun menelan kos puluhan juta ringgit.
Maka apabila sampai ke zaman MB Nusi, tidak wajar untuk MB Nusi scrape-off atau batalkan projek tersebut sesuka hati.
MB Nusi membuat keputusan – buat sampai jadi.
Disebabkan kerajaan pusat tidak mampu untuk support kewangan bagi membantu pembinaan KXP, maka MB Nusi membuat keputusan untuk mengubah sedikit model pembinaan KXP kepada pembiyaan swasta.
Bukan Nusi sorang-sorang memandai nak buat model projek KXP tu.
Tentulah ada team-team expert yang dilantik oleh kerajaan negeri, perlantikan syarikat kontraktor, pelabur, keterlibatan bersama agensi-agensi persekutuan dan sebagainya.
Bahkan kajian-kajian agensi terkait pernah membuat rumusan bahawa KXP adalah projek yang perlu untuk menampung kepesatan airport Penang.
Itu hal teknikal KXP yang budak-budak TikToknon masih tak dapat maklumat.
Tapi apa pula kelebihan KXP sampai dikatakan boleh menjadi taruhan negara bagi menghadapi kesan ekonomi akibat pembinaan jambatan darat Thailand itu?
KXP adalah airport yang berlandaskan kargo.
Ia dilengkapi dengan beberapa komponen lain seperti MRO dan SLAM dalam projek Kedah Aerotropolis.
Projek ini adalah yang pertama di rantau ini, mempu menjadi hub penerbangan kargo utama dunia untuk kapal-kapal terbang kargo mendarat dan mendistribute kargo-kargo mereka.
Dengan kelengkapan yang disediakan MRO dan SLAM, Kedah Aerotropolis bakal menjadi pelabuhan import/export udara terbesar di rantau ini.
Kelebihan pelabuhan kargo udara ini adalah – ia tiada kaitan dengan perdagangan berasaskan kapal laut.
Bermakna pembinaan jambatan darat Thailand tidak akan mengganggu aktiviti ekonomi Kedah Aerotropolis, dan begitu juga sebaliknya.
Bahkan kerancakan Kedah Aerotropolis juga bakal menggamit ‘customer’ jambatan darat Thailand untuk datang ke pelabuhan-pelabuhan Malaysia jika Malaysia dapat merancang dengan baik infrastrutur untuk menguhubungkan jalan perdagangan ke Kedah Aerotropolis.
Sebagai contoh, Malaysia boleh bangunkan pelabuhan laut di Tumpat, Kelantan – dan membina lebuhraya darat/ecrl timur-barat yang menghubungkan Tumpat ke KXP, dan KXP ke pelabuhan Yan atau pelabuhan Sanglang.
Secara automatik, kita juga seakan memiliki jambatan darat Tumpat-Yan.
Kelebihan kita – ada Kedah Aerotropolis ditengah-tengahnya yang menjadikan jambatan darat kita ada nilai yang berbeza.
Ada budak TikToknon bertanya, are you airport specialist management untuk run KXP bla-bla-bla.
Orang deal dengan syarikat-syarikat dunia yang ada kepakaran terkini dalam pengendalian lapangan terbang kargo.
Bahkan salah seorang individu yang terlibat dalam projek KXP tersebut adalah pakar airport yang mengurus airport-aiport seluruh negara.
Dia pernah terlibat dalam pembinaan KLIA dan beberapa airport lain – diberi jolokan airportman.
Orang nak buat projek KXP tu bukan deal dengan kontraktor renovate rumah kamu chek oii.
Team-team yang terlibat sudah sign MoU, MoA dan bersedia untuk memulakan projek pembinaan.
Cuma duk tunggu greenlight daripada kerajaan pusat sahaja.
Tak minta duit sekupang pun. Minta kelulusan sahaja.
Kedah Aerotropolis dan KXP boleh menjadi game changer kepada ekonomi negara untuk masa hadapan.
Untuk negara, bukan untuk Kedah sahaja.
Hanya orang politik yang benak dan bersikap dendam, serta budak-budak tiktoknon sahaja tidak mahu lihat kesan positif sesuatu projek yang bukan dibuat oleh geng depa.
KXP adalah projek kerajaan negeri, bukan projek Nusi atau Mukhriz.
Maka sepatutnya semua pihak bersatu tenaga dan fikiran untuk menjayakannya.
Jika kita lambat, peluang ini akan disambar oleh orang lain, kerana jika Kedah tidak berminat dengan projek ini, syarikat-syarikat terbabit dengan pembinaan KXP ini akan memilih kawasan di Sumatera untuk membina bandar Aerotropolis yang sama.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa