Kedah Agro tak bayar gaji. Kedah Agro ada CEO, ada pegawai yang urus. Yang salah, Nusi.
Mat UMNO Kedah pi sembang zaman Ust Azizan (2008-2013) katanya zaman PAS ust Azizan punca Kedah Agro melingkup.
Tapi faktanya Kedah Agro rugi sejak 2016 dan ditegur ketua audit negara pada 2017.
Zaman Mat UMNO tersebut jadi setpol MB Kedah waktu tu kalau tak silap.
Dia pi taichi ke zaman PAS Ust Azizan.
Zaman 2016-2017 tu banyak projek besar yang Kedah Agro buat. Semua rugi.
Melingkup. Bela ikan, ikan tadak. Bela lembu, lembu tadak. Buat projek Beras, melingkup. Buka kedai runcit, lingkup.
Tahun 2016 dengan ganjaran, Elaun bulanan Lembaga Pengarah dan saguhati Hari Raya Lembaga Pengarah pulak berjumlah RM240 ribu.
Tak cukup duit, mintak dengan MBI. Meniaga rugi.
Semasa Nusi mula-mula naik jadi MB dia dah bagi warning kepada GLC yang rugi, supaya ditutup sahaja.
Tapi sebab kesian kepada pekerja Kedah Agro, tak tutup.
Beri peluang Kedah Agro baiki dan cari duit.
Tapi dah dari awal lagi pengurusan ke laut, nak baiki pun payah dah.
Memang patut tutup saja, buat perabih beras.
Tiba-tiba meletup cerita 24 pekerja Kedah Agro tak dibayar gaji sejak September 2023.
Asal ada nama Kedah saja, pakat tala ke Nusi.
Terkait pula anak syarikat MBI. Kena kat Nusi lagi.
Padahal bukan kerja Nusi nak kena bayar gaji pekerja Kedah Agro.
Dia dah lama suruh Kedah Agro tutup, cari kerja lain.
Nak pertahan jugak syarikat bermasalah macam tu, kena tanggunglah.
Untung tadak, rugi berkandaq… tadak duit, mintak dengan kerajaan negeri.
Nusi kata lintah hisap darah, tau pulak marah.
Nusi sudah bagi tau, dia takkan guna duit kerajaan untuk bayar gaji pekerja syarikat.
Syarikat tu yang kena usaha.
Sama macam KDA FC, syarikat. Gaji pemain bola sepak pun bukan kerja Nusi nak kena bayar. Syarikat kena cari.
Lepas dah kena bedil, baru Kedah Agro jumpa Nusi, untuk buat pinjaman daripada kerajaan negeri.
Sebenarnya, berlambak lagi kerja haru-biru yang BN Kedah zaman dulu-dulu buat, melibatkan projek-projek dan tanah-tanah.
Tapi kerajaan Nusi cuba baiki tanpa mahu buat isu besar.
Cuba baiki selagi boleh. Tapi BN Kedah duk pi tembak dia tak kena gaya, sekali dia korek tunjuk kepada awam, baru tahwan.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
Boleh baca senarai projek melingkup yang Kedah Agro buat antara 2015-2016, sampai rugi berkandaq: