Setiausaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) untuk keganasan dan risikan kewangan, Brian Nelson memaklumkan tujuan utama lawatannya ke Malaysia adalah untuk menyekat dana daripada Malaysia ke Hamas dan mengekang aktiviti jual beli minyak Iran di Johor.
Menurutnya, dana kepada Hamas digerakkan melalui aktiviti pengumpulan dana melalui badan kebajikan dan NGO Palestin.
Selaras dengan tujuan lawatannya ke Malaysia, Brian Nelson juga melakukan sekatan kepada beberapa organisasi dan individu di Turki yang menderma kepada Hamas.
Tambahan pula, bagi memperkukuh usaha ini, Brian Nelson menggunakan rangkaian negara-negara ahli Terrorist Financing Targeting Center (TFTC) yang terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu.
Dalam usaha ini, sasaran Amerika Syarikat tertumpu kepada badan amal dan NGO.
Kedatangan ini merupakan susulan daripada lawatan pengarah FBI, Christopher A. Wray ke agensi penguatkuasaan Malaysia seperti SPRM, PDRM, dan Kementerian dalam Negeri (KDN) pada Disember 2023.
Lawatan yang jarang berlaku ini dipengaruhi oleh keterdesakan Amerika Syarikat untuk mengekang dana Hamas di peringkat antarabangsa.