Saya cuba bersangka dengan GLC selama ini.
Tetapi semakin lama semakin sukar.
Perubahan demi perubahan GLC langsung tidak mementingkan jati diri dan identiti negara. Terlalu kebaratan.
Agenda besar negara seperti Bahasa Melayu langsung tidak kelihatan dalam GLC-GLC tersebut.
Pergilah ke Maybank, CIMB, TNB, Telekom, PNB, Simedarby, hatta Tabung Haji sendiri.
Kedudukan bahasa Melayu ibarat melukut di tepi gantang.
Bahasa Melayu hanya ada pada atas pintu tanda KELUAR.
Itu sahaja, yang lain, semua dalam bahasa Inggeris.
Apalah yang diharapkan kepada pihak swasta lain seperti Hong Leong Bank, Alliance Bank, Public Bank dan sebagainya.
GLC sendiri tidak menunjukkan teladan.
Terbaharu, pesta maksiat yang berlaku dalam gerabak penumpang KTMB atau Keretapi Tanah Melayu Berhad, sebuah GLC kerajaan.
Ada nama Tanah Melayu lagi, tetapi apa sudah jadi?
Tidak adakah peraturan dan tatacara apabila menaiki pengangkutan awam seperti KTMB?
Pesta maksiat dalam gerabak penumpang, bukan calang-calang maksiat, tetapi sudah sampai ke peringkat parah.
Inilkah zaman Madani yang sedang kita lalui dan dicanang-canangkan.
Bentuk Madani apakah yang sedang kita bentuk.
Saya tidak boleh bayangkan kalau kejadian ini berlaku pada zaman Perikatan Nasional (PN) yang memerintah.
Sudah tentu berbakul-bakul kutukan yang akan diterima.
Tetapi ia berlaku dalam zaman PH, zaman Madani, zaman mahu membentuk masyarakat bertamadun.
Dahulu, mengata dulang paku serpih, sekarang mengatakan orang, sendiri yang lebih.