Sanusi offer nak jual air bersih dari LRA Lubuk Buntar, sebab LRA Lubuk Buntar ada lebih air bersih yang boleh disalur ke Sungai Bakap.
Tak ada kaitan pun dengan masalah air di Kedah.
Masalah air di Kedah adalah pada LRA lain yang sedang dalam pembinaan.
Bila sebut masalah air di Kedah, mamat setpol PM ini ingat satu Kedah kut takda air?
Kawasan yang selalu ada gangguan bekalan air itu sudah dijelaskan tak sampai 2% pun akaun daripada keseluruhan akaun pengguna air Kedah yang terjejas.
Pembinaan LRA pun sedang rancak dilaksana.
Kelewatan untuk siap itu perkara biasa dalam sektor pembinaan, ada margin masa yang ditentukan.
Secara keseluruhannya masih on-track dari sudut jadual pihak kontraktor, tidak berlaku kelewatan sebagaimana orang politik canang.
LRA Lubuk Buntar hanya supply pada kawasan jangkauannya sahaja, dan ada lebihan yang boleh dijual kepada Penang, terutama di Seberang Perai Selatan – kerana kedudukannya berjiran dengan kawasan capaian LRA Lubuk Buntar.
Air bersih yang sudah dirawat elok, hanya perli dibayar sahaja – kerana saluran paip LRA Lubuk Buntar ke seberang perai selatan sudah sedia ada – kerana suatu masa dahulu LRA Lubuk Buntar itu sudah pernah supply ke kawasan tersebut.
Pulau Pinang menghadapi masalah air sekian lama di kawasan Seberang Perai Selatan seharusnya terbuka untuk terima offer MB Kedah tersebut sementara menanti projek mega paip air dari Perak untuk disalur ke Pulau Pinang itu siap.
Kos dikatakan RM4 bilion punya projek, sudah tentu saiz projek itu besar dan tidak akan siap dalam masa setahun dua terdekat.
Dalam masa setahun dua menanti projek mega nak beli air Perak itu siap, berapa lama lagi rakyat Sungai Bakap dan sekitarnya perlu hadap masalah bekalan air?
Dari satu sudut lain, MB Sanusi tak perlu offer pun kepada Pulau Pinang, biar rakyat nampak kegagalan kerajaan negeri mengurus bekalan air.
Tapi itu bukan cara politik beliau, kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Sungai Bakap dan sekitarnya.
Orang-orang politik kerajaan Pulau Pinang rata-ratanya golongan kayangan yang mendapat prioriti dalam bab bekalan air ini.
Bahkan bekalan air Pulau Pinang – keutamaan mereka adalah kepada industri.
Jual air kepada industri lebih banyak untung berbanding jual kepada rakyat marhaen.
Mungkin sebab itu jugalah mereka rasa tak berbaloi untuk beli air dari LRA Lubuk Buntar yang ditawar oleh Sanusi.
Jika Cikgu Joohari menang, mereka akan terus sombong dan enggan terima tawaran MB Kedah, Cikgu Joohari pun akan selari dengan kerajaan negeri.
Apabila Abang Abidin yang menang, tentu dia akan terus perjuang suarakan isu air dan bersuara supaya kerajaan negeri pertimbangkan tawaran MB Kedah sekurang-kurangnya rakyat Sungai Bakap dapat bekalan air bersih dari LRA Lubuk Buntar sepanjang tempoh projek pembinaan saluran paip dan takungan yang akan menyalurkan air Perak ke Pulau Pinang itu siap – entah bila.
Jika seorang setpol PM pun lemah daya berfikir untuk kesejahteraan rakyat, apa lah sangat yang dia boleh bantu PMX buat kerja.
Tapi watak setpol ini masih muda segak, masih berpotensi untuk digilap menjadi politician yang hebat suatu hari nanti, sebab dia suka sebut “Sudagha… susdagha…” macam PMX yang hebat juga.
Betoi, dia lebih OK daripada membuat kenyataan kelakar seperti Dr Mujahid yang offer air Parit Buntar untuk disalur ke Pulau Pinang.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa