PMX Yang Hebat

PMX Yang Hebat

Dari satu segi, kita ucap tahniah kepada PMX dan kerajaan Madani kerana meneruskan momentum pemulihan ekonomi pasca Covid19.

Kita tahu para penyokong dan pentaksub PMX akan girang dan melayang-layang punya syiok atas data perbandingan dengan PM-PM sebelum PMX.

Mereka adalah spesis membakul-sampahkan peristiwa lockdown satu dunia akibat pandemik tersebut yang semestinya merencat aktiviti ekonomi seluruh dunia.

Namun jika mereka sedar dan waras akan fakta berlakunya pandemik dan lockdown sedunia, maka mereka akan melihat data ekonomi zaman PMX adalah data biasa yang normal sahaja.

Pemulihan ekonomi yang ditunjukkan oleh data itu hanyalah pemulihan yang normal – sesiapa yang menjadi kerajaan pun akan mencetak kejayaan yang sama.

Tidak ada keajaiban apa pun daripada tokoh menteri kewangan terbaik Asia.

Lihat perbandingan penarafan ketika DS Najib (BN) dan Tun Mahathir (PH) adalah sama.

Tiada beza sangat pun penarafan pihak luar kepada Malaysia walaupun kerajaan PH 22 bulan itu menjual itu dan ini, batalkan projek itu dan ini, re-nego sana dan sini.

Tiada beza, tidak menjadi lebih baik, tidak pula menjadi buruk – walaupun sebelum DS Najib jatuh, kumpulan PH mencanang hutang negara RM1 trilion.

Kemudian masuk ke zaman TS Muhyiddin (PN) secara kebetulannya pandemik Covid19 melanda.

Seluruh dunia lockdown mengakibatkan aktiviti perdagangan, import-export, pembinaan, perniagaan, pelancongan dan sebagainya terhenti.

Kerajaan TS Muhyidin terpaksa mengeluarkan berbilion dana untuk menampung survival rakyat.

Dek kerana tidak cukup, dibernkan pula pengeluaran KWSP setelah mengambil kira cadangan DS Najib.

Zaman DS Ismail Sabri pula bermulanya langkah pemulihan setelah ekonomi dibuka semula.

Damage teruk ekonomi rakyat dari segi kehilangan pekerjaan, penutupan empayar bisnes, pelabur-pelabur terpaksa keluar, dan seumpamanya tidak memungkinkan pemulihan sepantas jeritan “hari ini kita menang, esok ekonomi pulih”.

Zaman DS Ismail inilah kebanyakan projek-projek yang telah dirancang, mula digerakkan semula perlaksanaannya.

Ekonomi mula berkembang semula pada waktu ini.

Masuk zaman PMX, setelah 20 bulan – ketika ekonomi terbuka luas, tiada lockdown, pencapaiannya hanya sekadar lebih sedikit berbanding zaman pandemik dan lokcdown – tentunya ia hanyalah pencapaian biasa.

Tapi tak bermaksud kita tak perlu berterima kasih.

Kita berterima kasih kerana PMX tidak menjadikan ekonomi lebih teruk.

Cuma sedikit kelakar sahaja para pemuja PMX girang terlajak.

Namun jika penarafan kredit zaman PMX lebih hebat berbanding zaman DS Najib atau Tun Mahathir, baharulah kita boleh tabik spring bahawa memang PMX truly menteri kewangan terbaik Asia.

Ada orang akan kata, rileks laa baru 20 bulan, kalau 10 tahun pasti tapau habis.

Ya lah, kita komen saja sebab kamu pun girang awal sangat.

Keywordnya, sesiapa yang lead negara pasca PRU15 haritu pun, datanya akan sama.

Sebab MIDA yang sama, penjawat awam yang sama, pegawai kerajaan yang sama. PMX buat apa?

PMX tugasnya adalah melawan rasuah dan membanteras sakau sahaja.

Menteri Kewangan? Dia ada menteri Kewangan Kedua yang buat kerja.

Maka logiklah hasilnya itu sahaja. Tidak ajaib, dan tidak pula merepek.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Ekonomi