Asy-Syahid Ismail Haniyeh Dalam Mengukuhkan Perjuangan Pembebasan Palestin

Asy-Syahid Ismail Haniyeh Dalam Mengukuhkan Perjuangan Pembebasan Palestin

“Al-Quds, kami akan datang dengan jutaan syuhada. Al-Quds adalah ibukota Palestine. Kami tidak mengiktiraf Israel…tidak mengiktiraf pengistiharan Trumps…biar kepala kami terpisah daripada jasad, al-Quds adalah segala-galanya” jerkah Sheikh Ismail Haniyeh dengan kobaran api semangat perjuangan.

Gaza menggema dengan laungan takbir, sahut menyahut lautan manusia ratusan ribu yang menyambut ulangtahun ke 30 pergerakan HAMAS, tujuh tahun lepas.

Sheikh Ismail Haniyeh memanaskan podium ceramah dengan penuh semangat dan respon bergemuruh daripada khalayak yang hadir.

Himpunan ini sangat bersejarah kerana kurang daripada seminggu, Ismail Haniyeh mengumumkan intifada ketiga umat Islam Palestin terhadap penjajah Israel.

Gaza diserang oleh tentera zionis dengan tembakan jauh yang juga telah membunuh beberapa orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Manakala umat Islam diseluruh dunia telah bangkit menyuarakan bantahan kepada Trump dan Zionis dalam isu al-Quds, kecuali umat Islam yang ditindas suara regim negara Teluk ( baca: menjadi barua Amerika dan zionis).

Tujuh tahun lepas, pada tahun 2017, OIC dalam sidang pertemuan di Istanbul atas inisiatif Erdogan telah mengistiharkan al-Quds adalah tetap ibunegara bagi Palestin.

Bendera Palestin berkibar diseluruh dunia, kebencian terhadap Amerika sedang membuncah, dokongan serta doa pada HAMAS di seluruh peta dunia Islam maka tidak pelik sambutan 30 tahun HAMAS sangat signifikan dan memancing pesona masyarakat antarabangsa.

Saudi dan sekutunya sejak Jun 2017 yang lepas telah mengenakan tekanan dan pengucilan kepada Qatar yang melindungi pemimpin HAMAS serta Ikhwanul Muslimin.

Apa yang dilakukan Saudi tidak sedikit pun mengurangkan rasa kasih masyarakat Islam antarabangsa kepada pergerakan paling utama menentang regim zionis ini.

Saudi dengan dasar luarnya yang pro Amerika dan menindas suara pesimpati Gaza, sangat memualkan sikap khadam dua tanah suci umat Islam ini.

Dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an perjuangan menentang penjajahan Israel lebih terarah kepada kelompok Sosialis dan Kebangsaan Arab yang sempit.

Lihat sahaja PLO yang tak bertaring tajam dalam menyeru pembebasan tanah suci umat Islam.

Ternyata ideologi Barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang.

Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia.

Hari ini dunia terpegun dan terpanar melihat serangan serentak sayap tentera HAMAS terhadap regim, Taufan al-Aqsa adalah kejutan terhebat selepas nakbah Palestin 1948.

Serangan darat, udara dan laut al-Qassam membuka mata dunia, daripada balingan kerikil tajam 36 tahun lampau kepada persenjataan canggih yang meredam mitos kekuatan senjata Israel.

Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendokong Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakat al-Muqawwamat al-Islamiyyah.

Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin.

Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

Citra perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988.

Antaranya ialah:

  1. Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.
  2. HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.
  3. Palestin adalah tanah Islam sejak turun temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.
  4. Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.
  5. HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.
  6. Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin. Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanahair mereka.
  7. HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994.

Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi.

Dalam tahun 1996 sahaja empat serangan bom dalam musim bunga telah diadakan menyebabkan 60 orang penduduk Israel telah terbunuh.

Kebangkitan kedua Palestin selama empat tahun setengah telah menyaksikan seramai 3500 rakyat Palestin terbunuh dan 1000 penduduk Israel terkorban.

Dengan menubuhkan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai INTIFADHAH.

Peristiwa yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan (intifadhah) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan yang lain cedera.

Peristiwa ini adalah faktor sementara bukan faktor mutlak, kerana terdapat faktor-faktor lain yang meransang fenomena ini.

Bermulalah intifadhah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar Molotov Cocktail ke arah musuh.

Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan negara-negara Arab yang bersempadan namun gerakan HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas mereka seperti stor bawah tanah.

Bagi penduduk awam Palestin walaupun tidak memiliki senjata api, mereka keluar ke jalan-jalan raya melontar batu dan melastik pasukan tentera Yahudi.

Bagi tentera Yahudi (dalam sejarah Yahudi adalah penakut, suka melakukan secara sembunyi: lihat kisah Rasulullah SAW dalam peristiwa Bani An-Nadhir pada bulan Rabiul Awwal tahun keempat hijrah), walaupun mereka tidak berhadapan dengan senjata api, namun batu-batu itu begitu menggerunkan mereka.

37 tahun berlalu, menerjang badai perjuangan kemerdekaan Palestin, HAMAS terus gagah berdada dengan kezaliman regim zionis serta mendapat dokongan kuat ummah.

Mereka mempunyai penyokong diseluruh dunia dan membina hubungan yang baik dengan gerakan Islam antarabangsa.

Gerakan “memandaikan” anak bangsa sejak lebih tiga dekad ini telah menampakkan hasil.

Anak-anak miskin Gaza yang menimba ilmu sains dan teknologi diluar negara,kini pulang mencurahkan bakti, mereka mencipta pelbagai alatan senjata moden termasuk drone pembunuh, roket, pemintas senjata dan lain lain senjata yang menggerunkan yahudi.

Pimpinan mereka ramai yang telah menjadi syuhada seperti Sheikh Ahmad Yasin, Solah Syahadah, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Nizar Abdul Kader Rayyan, Said Siyyam dan yang lain-lain.

Pagi ini kita dikejutkan dengan kesyahidan Ismail Haniyyeh, mantan PM Gaza dan juga pemimpin tertinggi HAMAS.

Harakah Islam yang berkubu di Gaza ini kini mencapai usia 37 tahun dan mempunyai hubungan akrab dengan seluruh gerakan Islam antarabangsa dengan kebijakan Ismail Haniyyeh.

Bagi asy-Syahid Ismail Haniyyeh maestro jihad pembebasan ardhul anbiya’ ini, obor perjuangannya jelas, akidah Islam mestilah menunjangi perjuangan dan tiada noktah henti sehinggalah dimerdekakan setiap inci tanah Palestin yang dijarah Zionis semenjak tahun 1948.

Taufan al-Aqsa akan membadai dan membunuh seramai mungkin tentera musuh dan mengembalikan masjid al-Aqsa yang mulia.

Sejak Perang Ramadhan 6 oktober 1973, inilah pukulan paling dasyat kepada penjajah, angka rasmi kematian mereka hampir mencecah 40 ribu orang.

Kemenangan Khaibar akan berulang, insya Allah.

Akan muncul ribuan Ismail Haniyyeh yang lain dengan harga yang mahal ini.

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

(Penulis merupakan AJK PAS Pusat, Anggota Misi Kemanusiaan Tanpa Sempadan)

Palestin