Sejak Bila Gerakan Berguna Kepada PN

Sejak Bila Gerakan Berguna Kepada PN

Sejak dari mula menyertai Gerakan diterima menyertai PN, saya sudah mula berkata, menerima Gerakan ini ibarat menyimpan duri dalam daging atau menyimpan biawak hidup. Tidak ada bergunanya.

Parti ini jika bersendirian, tidak menyertai mana-mana gabungan mahu bersamanya, dia akan mereput dengan sendiri.

Menjadi sebuah muzium, meskipun pernah membentuk kerajaan di Pulau Pinang.

Sebab itulah, walaupun beberapa pemimpin ultra kiasunya telah mengeluarkan kenyataan demi kenyataan menyokong derma arak/judi di SJKC, dengan mengecam tindakan dan pendirian PAS (PN) menentang arak dan judi, tetap sehingga ke hari ini, Gerakan tidak keluar daripada PN, meskipun Gerakan menggertak mahu keluar PN, jika pendirian PAS tidak berubah penentangannya terhadap arak dan judi.

Pendirian PAS sudah jelas, tidak ada kompromi, tegas menentang perkara mungkar dan jahat, terutama berkaitan arak dan judi ini, mahukan Gerakan keluar PN.

Jika difikirkan secara bermaruah dan rasa malu, sudah tentu Gerakan akan bertindak keluar segera, kerana dia yang menggugut mahu keluar PN, PAS hanya respon kepada kenyataan Gerakan, tetapi sehingga ke hari ini, Gerakan tetap duduk bersama PN, kerana apa?

Gerakan tahu, dia akan mereput jika keluar dari PN.

Reputannya itu bukan sekadar reput, tidak mustahil lenyap dari muka bumi ini.

Parti ini langsung tidak ada kekuatan, sekadar menempek dan menumpang kekuatan orang lain terutama PAS (PN).

Saya cabar Gerakan, jika kamu ada pendirian, ada prinsip, ada maruah dan tahu apa itu erti malu dan kemaluan, keluarlah sekarang, kerana pendirian PAS tidak pernah berubah berkaitan dengan isu judi dan arak, sampai bila-bila, saya kiralah, setelah mengenali PAS sekian lama, kecuali PAS dipimpin oleh golongan liberal dan gila kuasa.

Buat setakat ini, selagi PAS dipimpin oleh ulamak, selagi itu pendirian PAS tidak akan berubah, berkaitan dengan perkara yang diharamkan dalam Islam, yang saya kira turut diharamkan dalam agama lain.

Kalau bukan Islam faham ajaran dan kepercayaan agama mereka sendirilah…

Terus terang, selaku penganalisis politik, Gerakan langsung tidak ada kekuatan luar dan dalam, dari segi politik, kecuali sedikit kekuatan kewangan yang mereka sapu ketika memerintah pada zaman BN dahulu.

Itu yang menjadi mereka banyak perniagaan, melahirkan ramai jutawan dan mempunyai universiti sendiri. Jika tidak, kempunan.

Gerakan akan menjadi parti miskin segalanya.

Cuba nilai kekuatan politik Gerakan ketika bersama PN sehingga hari ini. Saya boleh katakan kosong.

Bertanding di kawasan majoriti, kalah teruk, hilang wang deposit, hanya mengharapkan undi Melayu.

Jentera parti kempen teramat lemah, lihat apa yang berlaku dalam PRK Sg Bakap yang lalu.

Dalam kata lain, kita tidak nampak langsung kekuatan parti ini.

Datang berceramah sahaja sekadar nak tunjukkan PN ada bukan Melayu.

Gerakan tidak akan menang bertanding di kawasan majoriti Cina, bukan Melayu.

Hanya mengharapkan untuk menang bertanding di kawasan majoriti Melayu sahaja.

Inilah yang mereka sedang perjuangkan dalam PRU, PRN dan PRK akan akan datang.

Gerakan mahu bertanding di kawasan majoriti Melayu untuk menang dapat kerusi cabinet atau Menteri.

Inilah yang menjadi Impian Gerakan untuk terus kekal dalam PN.

Jika tidak, jika ada maruah dan rasa malu sudah tentu Gerakan akan keluar daripada PN.

Sebab dia yang mulakan mahu keluar PN dan disambut oleh PAS untuk Gerakan terus keluar.

Ada nampak tanda-tanda Gerakan mahu keluar tak? Tak der kan?

Inilah strategi politik Cina, duduk dalam kedudukan dan keadaan mana pun, pertahankan kecinaan, meskipun terpaksa menanggung dan kemaluan.

Justeru, saya memohon dan merayu kepada pimpinan PN, segeralah langkah awal untk menerajang Gerakan keluar daripada PN.

Jangan disimpan lagi parti duri dalam daging, atau menyimpan biawak hidup ini.

Fahamilah rukun politik Cina, duduklah dalam gabungan parti mana pun.

Pastikan perjuangkan kepentingan Cina.

Kerana Cina tidak ada rugi walaupun sedikit, walaupun duduk dalam parti gabungan mana sekalipunpun.

DAP duduk dalam PH, perjuangan perkauman akan diteruskan.

Begitu juga dengan MCA.

Sama juga dalam PN, Gerakan, walaupun kononnya parti berbilang kaum, tetapi perjuangannya tetap Cina.

Sentuh sahaja isu SJKC walaupun sumbernya haram, turut diharamkan oleh agama mereka sendiri, tetap akan bersama walaupun dalam perkara haram.

Peralihan sedikit undi bukan Melayu kepada PN dalam PRK Sg Bakap, bukan kerana Gerakan, tetapi disebabkan oleh bukan Melayu, terutama Cina sudah bosan dengan janji dengan DAP. Itu sahaja.

Jangan Gerakan perasan disebabkan oleh pengaruhnya, berada dalam PN menyebabkan sedikit peralihan tersebut.

Sedikitpun Gerakan tidak membantu kecuali diberi peluang sepentas dalam ceramah kempen bagi menunjukkan berbilang warna.

Ingatan saya kepada Gerakan, selagi perangai dan tingkah laku kamu sebiji macam DAP dan MCA, NGO Hua Zong, Jiao Zong dan Jiao Zong, terus mempertahankan arak, judi dan aktiviti yang bercanggah dengan Islam, yang turut bercanggah dengan pegangan agama mereka sendiri, selagi itulah menyimpan Gerakan dalam PN, ibarat duri dalam daging.

Elok ditendang keluar dengan segera sebelum jadi barah.

Jika PN, tetap mahu jadi parti berbilang warna, jemputlah parti mesra Islam yang sedia ada, seperti Parti Cina Malaysia (PCM) dan Dewan Himpunan bukan Islam PAS.

Walaupun pengaruhnya tidak sekuat kononnya, Gerakan dan MCA, yang kononnya ada lebih sejuta ahli, itu lebih baik daripada menyimpan biawak hidup seperti Gerakan ini.

Jangan pergi jauh, lihat bagaimana ultra kiasu ultra kiasu ini bersatu dalam soal Pendidikan bangsa mereka….

Kepada orang Melayu yang menghantar anak-anaknya ke SJKC, segera keluarkan anak-anak kamu dari SJKC, jika kamu tidak mahu bersubahat dengan duit dosa yang disumbangkan kepada institusi Pendidikan Cina ini.

Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Gerakan