Zionis Bercita-Cita Mahu Menguasai Dunia

Zionis Bercita-Cita Mahu Menguasai Dunia

Perjuangan menegakkan negara Israel Agung (Greater Israel) tetap menjadi cita-cita besar perjuangan Zionis yang menggila tanpa berundur.

Walaupun telah banyak diadakan perundingan bertopengkan perdamaian untuk menipu dan mengelirukan masyarakat antarabangsa.

Termasuklah umat Islam yang jahil murakkab (tidak sedar akan kejahilannya) sehingga dapat dijadikan bidak catur.

Kumpulan Zionis terus bersifat fanatik perkauman bangsa Bani Isra’il.

Sehingga mereka menganggap Bani Isra’il satu-satunya manusia sebenar yang dimuliakan oleh Allah di atas muka bumi mengatasi bangsa yang lain, tanpa peduli kepada kenyataan Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” [Surah al-Hujurat: 13]

Perjuangan Zionis menegakkan negara besar Bani Isra’il menjadi cita-cita tertingginya, bersumberkan sejarah kerajaan Nabi Sulaiman AS yang memerintah dunia.

Sedangkan kerajaan Nabi Sulaiman AS ialah kurniaan Allah yang khusus kepada Baginda sahaja bagi memperkenankan doanya:

قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِي وَهَبۡ لِي مُلۡكٗا لَّا يَنۢبَغِي لِأَحَدٖ مِّنۢ بَعۡدِيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ ٣٥

“(Sulaiman) berkata, ‘Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudah aku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi.” [Surah Sad: 35]

Kumpulan Zionis menolak adanya kerasulan nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW dan negaranya kepada seluruh alam yang disebut oleh semua kitab dan para anbiya’ Bani Isra’il. Firman Allah SWT:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧

“Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” [Surah al-Anbiya’: 107]

Firman Allah SWT lagi:

ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ١٤٦

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya, sebahagian antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 146]

Allah SWT juga berfirman:

وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ لَمَآ ءَاتَيۡتُكُم مِّن كِتَٰبٖ وَحِكۡمَةٖ ثُمَّ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مُّصَدِّقٞ لِّمَا مَعَكُمۡ لَتُؤۡمِنُنَّ بِهِۦ وَلَتَنصُرُنَّهُۥۚ قَالَ ءَأَقۡرَرۡتُمۡ وَأَخَذۡتُمۡ عَلَىٰ ذَٰلِكُمۡ إِصۡرِيۖ قَالُوٓاْ أَقۡرَرۡنَاۚ قَالَ فَٱشۡهَدُواْ وَأَنَا۠ مَعَكُم مِّنَ ٱلشَّـٰهِدِينَ ٨١ فَمَن تَوَلَّىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٨٢

“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian daripada para nabi, ‘Sungguh, apa-apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa-apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.’ Allah berfirman, ‘Adakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?’ Mereka menjawab, ‘Kami mengakui.’ Allah berfirman, ‘Kalau begitu, saksikanlah (wahai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu.’ (81)

Sesiapa yang berpaling sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (82)” [Surah Ali ‘Imran: 81-82]

Namun demikian, ada juga daripada kalangan Bani Isra’il yang memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasulullah SAW sehingga berjuang bersamanya.

Ada juga daripada kalangan ilmuwannya terkini yang memeluk Islam.

Sebenarnya, bangsa Yahudi tidak layak lagi menjadi bangsa pilihan.

Hal ini demikian kerana, mereka telah dilaknat Allah kerana mengkhianati para anbiya’ dan para ulama’ yang soleh.

Mereka tidak menepati janji Allah kepada Nabi Ibrahim AS:

۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘(Dan aku mohon juga) daripada keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]

Hanya kerajaan adil yang menegakkan hukum Allah sahaja yang layak menjadi pemimpin bagi seluruh manusia, tidak layak bagi bangsa yang zalim seperti bangsa Yahudi dan kumpulan Zionisnya.

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢١ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ٢٢

“Sesungguhnya, orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21)

Mereka itu ialah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22)” [Surah Ali ‘Imran: 21-22]

Namun begitu, Bani Isra’il memulakan negara agungnya yang diperjuangkan dengan cara paling zalim dan ganas.

Sempadannya bukan sahaja Israel kini, sebaliknya ia berpusat di wilayah yang memiliki sempadan yang luas setelah merampas Palestin dengan kekerasan.

Malah, peperangan diluaskan lagi wilayahnya, dari Laut Tengah hingga ke Laut Merah, dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Furat di Iraq.

Merangkumi Arab Saudi (termasuk Madinah) hingga Mesir, Lubnan, Syria dan Iraq, bukan sahaja Palestin.

Negara agungnya akan berpusat di Bait al-Maqdis.

Inilah yang dilaungkan sehingga menjadi slogan perjuangan sucinya yang bakal dipimpin oleh al-Masih (Dajjal).

Kumpulan Zionis mengerahkan bangsa Yahudi daripada seluruh pelosok dunia berhimpun di Palestin bagi perjuangan yang besar itu.

Penganut Kristian dari Amerika Syarikat dan Eropah digabung bersamanya menjadi ahli Zionis, di samping menarik negara lain berada di bawah pengaruhnya, termasuk negara Arab dan Islam.

Kumpulan Zionis berjaya menguasai ekonomi dunia sehingga berjaya menguasai Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Dunia (IMF), serta media dan politik antarabangsa.

Malah, kumpulan Zionis juga berjaya menarik negara-negara kuasa besar dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyertai perjuangannya.

Sehingga mereka boleh mengatur pemimpin negara dan menentukan siapakah ketua negara besar Amerika Syarikat dan Eropah.

Mereka juga berjaya mempengaruhi negara Arab dan Islam yang telah diletakkan kuasanya oleh penjajah dengan cara menempatkan pangkalan tentera dan menguasai sumber ekonomi bagi kepentingan negara Israel.

Malah, dapat disaksikan dengan nyata negara yang mengadakan hubungan normalisasi politik dan ekonomi dengan negara haram Israel.

Mereka juga menggunakan kumpulan liberal dan pelampau daripada kalangan umat Islam yang tidak bertafaqquh (faham) cara pelaksanaannya.

Tujuannya bagi merosakkan umat Islam dari dalam dengan berbagai-bagai cara dan pendekatan, sama ada melakukan huru-hara, keruntuhan moral dan kesesatan pemikiran.

Hal ini bagi mengulangi pendekatan perang mazhab dan perkauman bangsa yang pernah memberi peluang kepada penubuhan negara haram Israel yang menyebabkan perpecahan kesan daripada kejahilan generasi baharu.

Kini, ia bertujuan menyelamatkan negara haram itu.

Inilah juga tujuan peperangan yang berlaku di Syria dan Sudan terkini.

Allah mendedahkan kejahatan mereka merosakkan agama dan manusia serta mencetuskan perang saudara dan perang dunia. Firman Allah SWT:

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤ وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَكَفَّرۡنَا عَنۡهُمۡ سَيِّ‍َٔاتِهِمۡ وَلَأَدۡخَلۡنَٰهُمۡ جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ ٦٥ وَلَوۡ أَنَّهُمۡ أَقَامُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِم مِّن رَّبِّهِمۡ لَأَكَلُواْ مِن فَوۡقِهِمۡ وَمِن تَحۡتِ أَرۡجُلِهِمۚ مِّنۡهُمۡ أُمَّةٞ مُّقۡتَصِدَةٞۖ وَكَثِيرٞ مِّنۡهُمۡ سَآءَ مَا يَعۡمَلُونَ ٦٦

“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu’, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan. (64)

Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertaqwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang penuh keni‘matan. (65)

Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan hukum Allah dalam) Taurat, Injil, dan (al-Quran) yang diturunkan kepada mereka daripada Tuhan mereka, nescaya mereka akan dapat mendapat makanan (rezeki yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Antara mereka ada golongan yang pertengahan (adil), namun kebanyakan mereka berkelakuan buruk dan keji. (66)” [Surah al-Ma’idah: 64-66]

Mereka bijak menipu dan berpura-pura cinta akan perdamaian dengan berbagai-bagai cadangan yang menarik seperti Perjanjian Oslo, Perjanjian Madrid dan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang dibahagikan kepada Palestin dan negara Yahudi.

Namun, mereka memberikan tawaran bayaran yang mahal supaya rakyat Palestin keluar daripada tanah airnya dan menyerahkan Palestin kepada bangsa Yahudi.

Mereka mengadu domba umat Islam melalui perbezaan mazhab dan kaum atau perjuangan atas slogan demokrasi dan hak asasi manusia sehingga mencetuskan peperangan saudara yang dibantu persenjataannya.

Pada masa yang sama, mereka bertujuan melakar peta baharu bagi memecahkan Arab dan Islam bagi meneruskan agenda penjajahan bersama Zionis.

Adapun mereka membekalkan senjata terpilih yang tidak menjadi ancaman kepada negara haram Israel.

Mereka hanya membekalkan senjata kepada kumpulan-kumpulan yang mencetuskan perang saudara bagi meringankan bebanan terhadap Israel yang sedang diancam oleh gerakan Islam yang sebenar.

Pada masa yang sama, mereka membina kekuatan tentera dengan senjata yang dibekalkan bertali arus kepada Israel daripada kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah.

Ini termasuklah senjata pemusnah paling ganas yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Terkini, mereka mengerahkan bala tentera bagi menambah kekuatan pangkalan tentera yang telah berada di beberapa buah negara Arab dan Islam.

Segala tindakan ganas yang melampau yang dilakukan oleh Israel mendapat perlindungan kuasa veto (pembatal) daripada kuasa besar yang melindunginya atas nama keamanan dan keselamatan negara Israel sahaja.

Bahkan, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menetapkan hukuman ke atas kezaliman Israel tidak boleh dilaksanakan.

Begitu besarnya pengaruh Zionis terhadap dunia kini dalam segala lapangan politik, ekonomi dan media, bagi menjayakan cita-cita negara besar yang diimpikannya.

Allah mendedahkan kelemahan mereka dalam al-Quran yang dikuti dengan kemusnahan mereka sendiri. Firman Allah SWT:

لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ ١٤

“Mereka (orang-orang Yahudi dan munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekalipun tidak akan berani memerangi kamu, kecuali dalam kampung-kampung yang mempunyai benteng kukuh atau di sebalik tembok. Permusuhan antara sesama mereka sendiri adalah sangat hebat. Kamu menyangka mereka itu bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang tidak mengerti.” [Surah al-Hasyr: 14]

Allah mendedahkan kemusnahan mereka dalam sejarah dan akan berulang lagi pada akhir zaman. Firman Allah SWT:

وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَآءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا ٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا ٦ إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُ‍ُٔواْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا ٧

“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam kitab itu, ‘Sesungguhnya, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ (4)

Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada kedua-dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5)

Kemudian, Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. (6)

Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. (7)” [Surah al-Isra’: 4-7]

Bahkan, daripada kalangan penganut agama Yahudi juga ada mazhab yang mengharamkan penubuhan negara Israel kerana akan menjadi sebab ajal mereka ditamatkan daripada persada dunia.

Apa yang mereka perjuangkan iaitu menubuhkan negara Israel Agung laksana menggali kubur sendiri.

Malangnya, terdapat daripada kalangan negara Arab dan Islam masih melakukan normalisasi dengan mengiktiraf negara haram itu.

Hal ini menunjukkan kejahilannya terhadap sejarah dan agama sendiri.

Sangat memalukan adanya negara bukan Islam di Amerika Latin dan Afrika yang bertindak memutuskan hubungan dengan Israel.

Termasuk kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) di negara-negara Amerika Syarikat dan Eropah yang mendedahkan penipuan Zionis.

Allah SWT telah memberi amaran berulang kali dalam al-Quran. Antaranya firman Allah SWT yang berikut:

۞ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلنَّصَٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥١

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu menjadi pemimpin-pemimpin kamu, kerana sebahagian daripada mereka menjadi teman rapat kepada sebahagiannya yang lain; dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sebagai teman rapat, maka sesungguhnya ia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya, Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” [Surah al-Ma’idah: 51]

Mereka yang mencari kemenangan melalui bukan Islam adalah bersifat munafiq dan pasti ditimpa kehinaan, kerana kemuliaan itu kepunyaan Allah. Firman Allah SWT:

بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا ١٣٨ ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا ١٣٩

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (138)

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya, semua kekuatan ialah kepunyaan Allah. (139)” [Surah al-Nisa: 138-139]

Tegasnya, mereka yang berwala’ kepada Zionis pasti menemui ajal bersamanya.

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Minda Tok Guru