Presiden PAS yang madanon selalu fitnah
Saya sebenarnya malas nak nampak backup PAS sangat sebab saya tak suka dituduh sebagai ahli PAS, and kononnya PAS gagal tarbiah saya sebagai ahlinya.
Saya BUKAN ahli PAS or ada dalam PN tapi saya hanya bekas UMNO & PKR yang undi PN saja.
Saya tidak join PN kerana dulu saya lawan PAS atas dasar politik.
Selepas kenali PAS saya hormati so itu pendirian saya.
Lagi pun saya dah bersara aktif dalam mana parti.
Tapi kadang bila madanon waladap dah melampau sangat menghina golongan ulamak, rasa nya ada baiknya saya keluarkan semua research saya berkenaan sosok tubuh yang di panggil sebagai Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pada kalian.
Saya mohon anak muda boleh nasihatkan sikit orang tua yang ada dikeliling kalian yang terlalu taksub dengan waladap untuk menilai balik ketaksuban mereka pada Papanon mereka.
Kadang saya sendiri tidak faham kenapa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang punyai latarbelakang hebat begini tapi tak pernah nak tunjuk pada sesiapa.
Let’s me tell you a story… bukan cite donggeng yang bermula dengan ‘saya ulang….’
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang: Pernah dijemput Saddam ke Iraq dan perintis rundingan damai Aceh
Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pernah dilantik sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah.
Ada pihak yang beranggapan, pelantikannya itu akan membuka peluang untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara di rantau berkenaan.
Dan ada pihak juga berkata Anwar Ibrahim lah yang suggest nama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pegang jawatan naib kesatuan ulamak dunia, tapi itu tidak benar dan hanya persepsi yang dibuat sebab nak menjatuhkan beliau.
Namun tidak sekali pun Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menjawab celaan serta cacian manusia yang mengutuknya kerana bagi beliau lebih baik didoakan manusia tersebut supaya terima hidayah.
Apa yang nak bincangkan kali ni bukan pasal patut atau tak Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas, sebaliknya tentang latar belakangnya sebagai seorang ahli politik, ulama dan perunding damai.
Mungkin kita boleh mula dulu dengan sejarah hidupnya…
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berasal dari keluarga agamawan dan mendapat pendidikan di Arab Saudi serta Mesir.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilahirkan pada tanggal 20 Oktober 1947 di Rusila, Terengganu dan memang berasal dari keluarga agamawan.
Bapanya, Tuan Guru Hj Awang Mohamad cukup terkenal di Rusila sebagai agamawan dan menjadi antara tempat rujukan masyarakat tentang hal ehwal agama.
Hal ini jugalah yang diperturunkan kepada Hadi yang kemudiannya turut terlibat sama dalam bidang keilmuan Islam.
Pengajiannya dalam ilmu Islam bertambah serius selepas Hadi melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dalam jurusan Syariah Islam (1969-1973).
Kemudiannya, Hadi menyambung lagi pengajian ke Universiti al-Azhar dalam jurusan Sains Politik dari tahun 1974 sampai 1976.
Walaupun pernah belajar di Arab Saudi, Hadi pernah beritahu yang perkara tu tak menjadikannya taksub dengan fahaman Wahabi.
“Saya kalau nak jadi Wahabi, saya lebih lagi dari orang lain, kerana saya belajar di Madinah, yang biasiswanya dari Wahabi, universitinya Wahabi.
“Tapi, kita ada sikap kita sendiri iaitu kena faham secara adil dan istiqamah.
“Jangan kita main-main dengan isu kepentingan umat Islam.” – Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, dipetik dari TV PAS.
Sekembalinya ke Malaysia, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang meneruskan legasi bapanya sebagai imam dan memberi ceramah di Masjid Rusila.
Dalam masa sama, dia mula aktif dalam pertubuhan Islam seperti PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sehingga dilantik sebagai Ketua ABIM Terengganu.
Ketika dalam ABIM lah dia berkenalan rapat dengan ramai tokoh-tokoh PAS seperti Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Nakhaie Ahmad, Ustaz Daud Iraqi dan sebagainya.
Tapi seperti mana yang dicatatkan dalam sejarah, Pengerusi ABIM, Anwar Ibrahim kemudiannya masuk UMNO pada tahun 1982.
Bagaimanapun, hal tu tak membuatkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang meninggalkan PAS, sebaliknya dia tetap kekal bersama PAS sehingga memegang jawatan Naib Presiden PAS bermula pada tahun 1980.
Kemudiannya, apabila Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor meninggal dunia pada 2002, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang memangku jawatan itu sebelum dilantik secara penuh pada tahun 2005.
Pada tahun 2015, jawatan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dah dicabar oleh Ustaz Ahmad Awang, tapi Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatannya itu.
Ahmad Awang kemudiannya dilantik sebagai Penasihat Umum AMANAH.
Kejayaan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam politik mungkin boleh dilihat bila dia dilantik sebagai…
Menjadi Menteri Besar Terengganu dan Ketua Pembangkang di Parlimen
Pada tahun 1978, Hadi dah dipilih sebagai calon PAS di DUN Marang, tapi kalah.
Pada tahun 1982, Hadi sekali lagi bertanding di kerusi tu dan rezekinya baik apabila diumumkan menang.
Kemudiannya, Hadi bertanding pula di DUN Rhu Rendang pada PRU-1986 dan berjaya mengekalkan kerusi tu sampai tahun 2018.
Kerjaya politik Hadi di Terengganu mencapai kemuncaknya apabila dia dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999.
Ketika memegang jawatan itu, Hadi dah buat beberapa pembaharuan antaranya seperti:
• Mengurangkan premium tanah
• Memansuhkan tol Jambatan Sultan Mahmud
• Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan 7 hari cuti menjadi bapa
• Memperkenalkan hari bekerja 5 hari
• Mengukuhkan institusi zakat yang lebih adil (pungutan zakat lebih tinggi antara tahun 2000-2004)
Bagaimanapun, jawatan MB tu kemudiannya diambil alih oleh Idris Jusoh pada 2004 selepas PAS gagal mempertahankan negeri berkenaan.
Hadi kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pembangkang dari tahun 2003 sampai 2004 kerana menggantikan Ustaz Fadzil Noor yang meninggal dunia.
Sebenarnya, selain aktif dalam negara, Hadi juga aktif di peringkat antarabangsa apabila banyak terlibat dalam urusan perdamaian dan pertubuhan.
Berkenalan dengan Erbakan dan menjadi perunding damai Timur Tengah dan Acheh
Erbakan terkenal sebagai seorang yang genius dalam bidang kejuruteraan.
Selepas kejatuhan Uthmaniyah dan naiknya Kamal Atartuk sebagai pemerintah Turki, negara tu dah mengubah sistemnya kepada sekular.
Hal ni sekaligus dah mengharamkan politik Islam di negara berkenaan.
Tapi, sinar Islam mula kelihatan kembali apabila munculnya seorang sosok berkarisma, Dr Najmuddin Erbakan seorang jurutera yang sangat dihormati di Turki.
Erbakan masuk ke dunia politik melalui Parti Kebangsaan Turki yang ingin membawa Islam kembali ke dalam sistem Turki.
Tapi parti tu tak lama, sebab ia kemudiannya diharamkan.
Selepas itu, Erbakan bangkit semula dengan menubuhkan Parti Refah dan parti ni berjaya mendapat kemenangan besar pada tahun 1996.
Hal ni membuatkan, Erbakan kembali aktif berpolitik dan dilantik sebagai Perdana Menteri dari tahun 1996 hingga 1997.
Sebenarnya, tokoh yang kita ceritakan ni adalah antara rakan baik dan guru kepada Hadi.
Ini kerana, sepanjang hayat Erbakan, dia selalu mengajak Hadi untuk mengiringnya dalam lawatan-lawatan antarabangsa.
Antaranya adalah apabila Erbakan, Hadi dan ahli-ahli Parlimen Islam pergi ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1990.
Misi mereka adalah untuk ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan krisis Bosnia dan Herzegovina.
“Kami mengadakan pertemuan dengan Boutros Ghali, Setiausaha Agung PBB, seterusnya bertemu dengan anggota Kongres Amerika dan Kedutaan Luar Amerika Syarikat.
“Sewaktu di sana, kami dilayan secara tidak beradab, namun Erbakan mengingatkan kami agar bersabar dan teguh dalam mendepani pihak musuh.” – TG Haji Hadi, dipetik dari laman Facebooknya.
Selain tu, Hadi juga pernah ke Afghanistan pada tahun 1989 sebaik saja Rusia meninggalkan negara berkenaan.
Misi Hadi dan pasukannya adalah untuk menyeru pihak mujahiddin pelbagai jalur di sana supaya menguruskan perbezaan yang ada dan bekerjasama membina Afghanistan baru.
Pada tahun 1990, Hadi berjumpa pula dengan Presiden Iraq, Saddam Hussein bagi menyampaikan aspirasi gerakan Islam dunia terhadap sikap dan peranan Iraq dalam konflik Timur Tengah yang mengheret kepada Perang Teluk.
“Beliau juga pernah bersama pemimpin gerakan Islam yang lain dijemput oleh Saddam Hussein ke Baghdad semasa krisis Teluk berlaku.
“Saddam ingin memperoleh sokongan umat Islam dalam krisis Teluk yang dicampuri oleh Amerika Syarikat.” – Dipetik dari Dewan Pemuda PAS.
Malah, Hadi turut menjadi perintis perdamaian Aceh, Indonesia, sehingga Gerakan Aceh Merdeka bersetuju untuk memilih jalan damai.
Dan yang terbaru pada 2010, Hadi dah diberikan kepercayaan oleh Kesatuan Ulama Dunia untuk ke Yaman yang ketika itu melalui bibit permulaan krisis.
Menurut Hadi, masalah di Yaman adalah kerana isu peperangan antara kerajaan Yaman dengan Syiah Zaidiyah (lain dari Syiah Iran) dan Al-Qaeda yang dibelakangnya kemungkinan ada AS.
Jadinya, Presiden Kesatuan Ulama Dunia ketika itu, Dr Yusuf al-Qaradawi dah mewakilkan Hadi ke Yaman untuk berjumpa dengan kerajaan di sana.
Selepas itu, Hadi pun menghantar laporan ke kesatuan ulama tentang apa yang berlaku.
Keadaan bertambah baik masa tu, bila ulama-ulama Yaman kebanyakannya mula sedar dan mahu membetulkan keadaan.
Tapi masalah datang lagi bila Houthi pula bertindak meyerang Saudi.
Bagi Hadi, krisis di Yaman sebenarnya bukan kerana mazhab antara Sunni dan Syiah.
Sebaliknya kesalahan kerajaan Yaman sendiri yang meminggirkan kawasan Syiah sehingga membuatkan mereka memberontak.
“Ia berlaku kerana rakyat tak dilayan dengan adil, adanya diskriminasi antara kabilah.
“Inilah yang menyebabkan berlakunya pertembungan.” – TG Haji Hadi, dipetik dari ucapannnya di Bicara Asia Barat.
Kejayaan Tuan Guru Haji Hadi merintis perdamaian di Aceh Indonesia setelah berpuluh tahun hidup dalam peperangan adalah satu contoh yang baik untuk diteladani.
Alhamdulillah anak anak Aceh hari ini menikmati suasana damai dan fokus mereka membangunkan ummah dan negeri mereka dengan baik.
Cara fikir Tuan Guru ini dikongsi bersama guru beliau Dr Najmuddin Erbakan, anak muridnya juga Erdogan, Dr Kaml Halbawi dan beberapa tokoh lain daripada pelbagai negara dan mazhab.
Namun pasca pemergian Erbakan pada tahun 2011, dilihat ijtihad jalan damai Tuan Guru Haji Hadi seolah bersendirian dan terpencil.
Kita bukan bimbang ijtihad ditolak, tetapi bimbangkan dunia Islam terjerumus secara besar ke kancah peperangan dan extremism semakin berleluasa yang menyebabkan mudah kita menjadi bidak catur kuasa kuasa barat.
Namun cadangan Sheikh Yusuf Al Qardhawi dan penerimaan sebulat suara ahli muktamar yang terdiri daripada ulama ulama Islam seluruh dunia terhadap pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia memberi satu siar harapan yang cerah ketika itu.
Tuan Guru Haji Hadi dicadangkan ke jawatan tersebut oleh Sheikh Yusuf Al Qardhawi kerana penglibatan beliau dalam menyelesaikan pelbagai konflik yang melibatkan Islam dan bukan sebab cadangan dari Anwar Ibrahim.
Hadi dah menghasilkan ratusan buah karya
Selain melihat Hadi sebagai seorang ahli politik, kita tak terlepas dari memandangnya sebagai seorang ulama dan ilmuan.
Kepercayaan yang diberikan oleh Kesatuan Ulama Dunia dengan melantiknya sebagai salah seorang Timbalan Presiden pertubuhan itu adalah satu pengiktirafan besar terhadap keilmuan beliau.
Ini kerana, kalau korang nak tahu, Hadi juga dah menulis hampir 146 judul penulisan termasuk dalam bahasa Arab yang meliputi pelbagai topik seperti akidah, fiqh, tafsir, siyasah syar’iyah dan politik semasa.
Hadi turut pernah menjawat beberapa jawatan lain antaranya seperti Ahli Jawatankuasa Gabungan Parti-Parti Politik Islam, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Muassasah al-Quds, Turki dan Ahli Lembagai Majma’ Taqrib Mazahib, Iran.
Beliau juga adalah satu-satunya tokoh luar yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala, Pattani dan tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh ‘The Royal Islamic Strategic Studies’ yang berpusat di Jordan pada 2016.
Memetik satu kisah tentang ilmuan Islam Maghribi, Dr Farid al-Ansari yang menanyakan pelbagai soalan kepada Hadi secara bertubi-tubi dalam satu pertemuan pada sekitar tahun 2001.
Lalu ditanya kepada Dr Farid, kenapa dia berbuat demikian. Dr Farid menjawab:
“…aku ingin mengujinya setelah aku dengar bahawa beliau alim.
“Aku telah menemui ramai orang ajam (bukan Arab) yang alim tetapi tidak sefaqih ini. Beruntunglah bangsamu…” – Dipetik dari video terbitan Abdul Hadi Awang Official.
Pendidikan
Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955.
Kemudian, beliau mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Kebangsaan Rusila yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya.
Beliau kemudian menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Agama Marang, sebelum mengambil Sanawi di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Dari tahun 1965 hingga 1968, beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik daripada ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad bin Abdul Rahman.
Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, di bawah pembiayaan Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan daripada Naib Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.
Setelah kira-kira empat tahun berada di Semenanjung Arab (1969-1973), beliau berjaya mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah Islam.
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) dari tahun 1974 hingga 1976.
• Ijazah Sarjana (MA) Siyasah Syar’iyyah. Universiti Al-Azhar; Mesir; 1974 – 1976
• Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 1969 – 1973
• Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, 1965 – 1968
(Semua gambar konvo TGHA ada ya, tak macam simpulan tu)
Sedikit latarbelakang
• Pada 15 April 2011, beliau telah dianugerahkan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand sempena Multaqa Muslimat Universiti Islam Yala.
Beliau merupakan individu luar Thailand yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut.
Mislah (Jubah Anugerah) telah dipakaikan oleh Dr Ismail Lutfi bin Abdul Rahman Japakiya, Rektor Universiti tersebut
• Naib Presiden Kesatuan Ulama’ Sedunia, Qatar (2014 – 2018)
• Ahli Penyelaras Sekretariat Parti Islam Sedunia, Turki
• Ahli Lembaga Pemegang Amanah Muassasah Al-Quds, Turki
• Ahli Lembaga Majma’ Taqrib Mazahib, Iran
• Perunding Misi Damai Bosnia, Afghanistan, Acheh dan Yaman.
• Penulis ratusan judul buku, makalah dan kertas kerja dalam bidang Akidah, Syariah, Fegah, Sirah Nabawiyah, Politik dan Antarabangsa.
Rumusan
Madanon kata TG Hadi Awang penunggang agama tu salah, yang tunggang agama adalah manusia yang hari ni ceramah agama, esok menari hindustan, peluk semua wanita, toron kaum sejenis, lidahnya carut maki hamun, hari-hari kantoi menipu.
Gunakan Islam acah-acah terpaling muslim.
Kang bila saya post benda macam ni mula lah tuduh kata saya walaun, saya ahli PAS bagai.
Padahal saya tak perlu ada dalam PAS saya tahu benda ni semua.
Yang tak tahu hanya madanon kerana pada mereka cash is king and apa saja mereka buat bersandarkan duit.
Saya kongsikan benda ni sebab saya kuathir golongan terlalu liberal ni kembang kalah cendawan dalam focus menjatuhkan golongan alim ulama di dalam Malaysia.
Dengan memburukkan golongan ulama adakah menjadikan kita lebih baik?
Golongan ulama ni juga yang tak habis berdoa untuk madanon untuk terima hidayah.
Now it’s up to you to think again either orang yang kamu kutuk tu lebih baik atau tak baik banding diri anda sendiri.
Sekian terima kasih
(Lihat lampiran juga untuk mudah faham)
Oleh: Ratu Naga