Pada masa pro-Umno sibuk mereka naratif fitnah bahawa kononnya Kerajaan Terengganu zalim kerana merampas tanah peneroka, kita mungkin boleh membawa contoh kepemurahan Umno terhadap rakyat Terengganu.
Contoh terbaik ialah ada kes di Ketengah yang kebetulannya watak-watak utama Ketengah Holdings adalaah kepimpinan Umno Terengganu dari berbagai peringkat telah membeli tanah di Selangor dengan harga yang tiga kali lebih tinggi dari harga pasaran.
Jangan dilihat ini sebagai penyelewengan, tetapi sebutkan ia memang disengajakan sebagai membantu rakyat kerana membeli tanah itu dengan harga yang jauh lebih tinggi.
Kita rakyat Terengganupun tidak faham, kenapa mereka diarahkan digantung tugas untuk disiasat sedangkan pemimpin Umno Terengganu yang berada dalam Ketengah ini sedang membantu rakyat?
Bukankah membantu rakyat itu kerja yang mulia?
Atau ada lagi yang tidak dapat tanah dalam kawasan Ketengah?
Kalau betul, maknanya Dato’ Rozi, sebagai bos Ketengah, kena bantu mereka, sebagaimana Ketengah membantu membelikan tanah rakyat dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.
Dan mengenai isu Felda dengan Kerajaan Terengganu itu, kalau ikut logik PHBN, atau CEPLOS, kalau kau betul, mengapa tak saman?
Dah Felda kata Kerajaan Terengganu tak ikut perjanjian, tiba-tiba mahu rampas, kenapa Felda tak saman Kerajaan Terengganu dah kau rasa kau betul?
Sebaliknya Kerajaan Terengganu pula yang guna kuasa mahkamah untuk menyita, dan Felda tidak boleh lawan perintah itu, terpaksa pindah, kan?
Nampaknya pro-Umno ni memang handal main Roda Impian, saya pusing Halimmm
Mohd Nasir Abdullah
