Mojtaba Khamenei telah dipilih sebagai Pemimpin Ketiga Revolusi Islam Iran selepas Assembly of Experts membuat keputusan rasmi untuk melantik beliau sebagai Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran.
Beliau merupakan anak kepada Ali Khamenei, Pemimpin Kedua Iran, yang dilaporkan terbunuh dalam satu pembunuhan yang dikaitkan dengan Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari 2026.
Keputusan tersebut diumumkan melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Assembly of Experts.
Menurut kenyataan itu:
“Setelah melalui pertimbangan yang teliti dan perbincangan yang meluas serta berasaskan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 108 Perlembagaan, dengan undi majoriti yang tegas daripada para anggota yang dihormati dalam Majlis Pakar, Ayatollah Seyyed Mojtaba Hosseini Khamenei (semoga Allah melindunginya) telah dilantik dan diperkenalkan sebagai Pemimpin Ketiga Republik Islam Iran.”
Kenyataan itu turut menambah:
“Kami memohon kepada Allah Yang Maha Esa agar terus melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya kepada negara ini serta kepada rakyatnya yang agung.”
