Allah SWT mencipta makhluk manusia untuk bertugas di alam dunia dengan ciri-ciri fitrah yang melayakkan mereka untuk beribadat, berkhilafah (mentadbir urusan dunia) dan beramanah (melaksanakan keadilan Ilahi di dunia).
Dilantik para rasul dan anbiya’ menjadi pemimpin contoh bersama Kitab Allah yang diwahyukan kepada mereka.
Firman Allah SWT:
كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ ٢١٣
“Manusia itu umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka, Allah memberi orang-orang yang beriman petunjuk kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi orang yang dikehendaki-Nya petunjuk ke jalan yang lurus.” [Surah al-Baqarah: 213]
Apabila ada kalangan yang menolak para anbiya’ dan rasul serta petunjuk Allah yang diwahyukan bersamanya, maka berlakulah perlawanan yang menjadi fitrah dunia.
Hal ini berlaku bagi menguji mereka yang beriman bersama para anbiya’ untuk mempertahankan kebenaran yang datang daripada Allah dan menolak kemungkaran. Firman Allah SWT:
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ ٢١٤
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” [Surah al-Baqarah: 214]
Ada tiga kumpulan manusia yang bertarung dalam kehidupan dunia:
1. Kumpulan yang beriman dan menunaikan kewajipan sebagai manusia mengikut ketetapan Allah.
2. Kumpulan yang melawan Allah secara terbuka (kafir) dengan menjadi bala tentera Iblis yang derhaka kepada Allah dan menolak penciptaan manusia dengan takbur.
3. Kumpulan yang berpura-pura bertopengkan Islam (munafiq), tetapi bersifat oportunis dengan mengambil kesempatan daripada pihak yang dilihatnya kuat dan menang.
Firman Allah SWT:
وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ٤٦ وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بَطَرٗا وَرِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ ٤٧ وَإِذۡ زَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ أَعۡمَٰلَهُمۡ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ ٱلۡيَوۡمَ مِنَ ٱلنَّاسِ وَإِنِّي جَارٞ لَّكُمۡۖ فَلَمَّا تَرَآءَتِ ٱلۡفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيٓءٞ مِّنكُمۡ إِنِّيٓ أَرَىٰ مَا لَا تَرَوۡنَ إِنِّيٓ أَخَافُ ٱللَّهَۚ وَٱللَّهُ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٤٨ إِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ غَرَّ هَـٰٓؤُلَآءِ دِينُهُمۡۗ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ٤٩
“Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu, serta bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riyak (menonjolkan dirinya) kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan ilmu Allah meliputi apa yang mereka kerjakan. (47)
“Dan ketika Syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan, ‘Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindungmu.’ Maka, tatkala kedua-dua pasukan itu telah dapat saling melihat (berhadapan), Syaitan itu balik ke belakang seraya berkata, ‘Sesungguhnya, aku berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.’ Dan Allah sangat keras dalam seksa-Nya. (48)
“(Ingatlah), ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang mempunyai penyakit di dalam hatinya berkata, ‘Mereka itu (orang-orang Mukmin) ditipu oleh agamanya.’ (Allah berfirman), ‘Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.’ (49)” [Surah al-Anfal: 46-49]
Al-Quran menceritakan perkara yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, iaitu:
1. Kumpulan Islam yang beriman mengikut Rasulullah SAW dan menyambung perjuangan para anbiya’ menjadi sasaran serangan semua pihak yang menentang sejak zaman berzaman. Firman Allah SWT:
وَمَا نَقَمُواْ مِنۡهُمۡ إِلَّآ أَن يُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ ٨
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” [Surah al-Buruj: 8]
Allah menguji kumpulan yang beriman supaya beristiqamah walaupun dikepung oleh musuh yang melampau, sesat dan zalim.
Maka, Allah mewajibkan mereka yang beriman beristiqamah, bersatu padu, bersabar, berjihad dan diharamkan berpecah.
Dengan itu, mereka dijanjikan kemenangan di dunia dan juga di akhirat.
Setiap kumpulan yang berjenama Islam sebenarnya pasti tidak diterima oleh musuhnya.
Mana-mana kumpulan yang diterima oleh musuh Islam menandakan ia bukan kumpulan Islam yang sebenar, walaupun berjenama Islam.
2. Musuh Islam yang paling besar ialah kalangan yang paling kuat menentang, paling melampau kezalimannya dan paling angkuh, sehingga berjuang untuk menghapuskan Islam dan penganutnya, serta menjatuhkan negaranya.
Mereka ialah golongan yang paling berkuasa, zalim, dan angkuh, yang dihasut oleh syaitan yang menggoda mereka dengan kekayaan harta dan kuasa yang menguji kehidupan mereka.
Pada zaman Rasulullah SAW, kumpulan ini diketuai oleh Abu Jahal yang memimpin bala tentera yang besar bersama semua kumpulan bukan Islam dan kuasa besar pada zamannya.
Mereka bersifat takabur dan berbangga dengan kekuatan bala tentera yang mempunyai jumlah anggota yang paling besar dan senjata yang lengkap.
Mereka juga mempersendakan umat Islam yang dianggap lemah, mempunyai anggota dan senjata yang sedikit, serta miskin dari segi harta bekalannya.
Malah, musuh Islam menjadi lebih bersemangat apabila disertai hasutan syaitan, termasuk daripada kalangan Yahudi Ahli Kitab yang paling dimurkai Allah dan Iblis yang dilaknat Allah.
3. Seterusnya, diikuti oleh kalangan munafiq yang bertopengkan Islam dengan fitnah bahawa kumpulan Islam itu bodoh, fanatik agama dan sebagainya.
Golongan ini muncul mencari peluang apabila berlakunya pertembungan, dan berpura-pura berpihak kepada yang dilihat lebih kuat pada mata yang memandang.
Hakikatnya, mereka hanya memandang tanpa akal dan hidayah, bukannya untuk mencari kebenaran dan keredaan Allah. Mereka muncul sebagai ujian daripada Allah. Firman Allah SWT:
وَمَآ أَصَٰبَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡتَقَى ٱلۡجَمۡعَانِ فَبِإِذۡنِ ٱللَّهِ وَلِيَعۡلَمَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٦٦ وَلِيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ نَافَقُواْۚ وَقِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ قَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَوِ ٱدۡفَعُواْۖ قَالُواْ لَوۡ نَعۡلَمُ قِتَالٗا لَّٱتَّبَعۡنَٰكُمۡۗ هُمۡ لِلۡكُفۡرِ يَوۡمَئِذٍ أَقۡرَبُ مِنۡهُمۡ لِلۡإِيمَٰنِۚ يَقُولُونَ بِأَفۡوَٰهِهِم مَّا لَيۡسَ فِي قُلُوبِهِمۡۚ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا يَكۡتُمُونَ ١٦٧
“Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. (166)
“Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafiq. Kepada mereka dikatakan, ‘Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu).’ Mereka berkata, ‘Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami mengikuti kamu.’ Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan. (167)” [Surah Ali ‘Imran: 166-167]
Apa-apa yang disebut oleh al-Quran adalah daripada ilmu Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana yang berkekalan, bukan hanya menepati peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW sahaja.
Sesungguhnya, petunjuk al-Quran itu akan berulang dan berkekalan sepanjang zaman.
Terkini, para pemimpin daripada kalangan musuh Islam mula menunjukkan kesombongannya kerana telah dirasuk oleh syaitan, khususnya daripada kaum Yahudi.
Mereka daripada kalangan Musyrikin yang menyembah hawa nafsu kesyaitanan selain daripada Allah, dalam kehidupan mereka yang berwawasan dunia sahaja.
Adapun kumpulan munafiq pula sibuk menyebarkan fitnah dan membantu musuh yang nyata permusuhannya terhadap Islam, umat dan tanah airnya, dengan bertopengkan Islam.
Begitulah perang yang sedang berlaku dan berulang kini di negara Teluk Parsi dan Arab.
Ia bermula dengan serangan terhadap kebangkitan yang berjenama Islam oleh semua musuh bukan Islam yang diharam dan dilarang di negara Islam termasuk negara Arab, tanpa membezakan kaum dan mazhab.
Pemimpin kuasa besar kini, Donald Trump, yang menunjukkan sifat takbur akibat telah dirasuk oleh syaitan dan manusia berideologi Zionis, sedang melancarkan serangan ganas secara bersekutu (Ahzab) dengan kerjasama Yahudi Ahli Kitab dan kumpulan Musyrikin baharu.
Tujuannya adalah untuk menghapuskan Islam dan semua kumpulan yang mempertahankan Palestin dan Masjid al-Aqsa yang menjadi tanah suci umat Islam.
Kumpulan bukan Islam ini juga bertopengkan agama yang menolak Islam dan para anbiya’ bersama kitab petunjuk Allah Pencipta alam.
Banyak negara yang berjenama Islam, khususnya negara Arab dan Islam yang dikatakan mencapai kemerdekaan daripada penjajah meletakkan Islam dalam perlembagaannya tanpa berdaulat kepada Islam.
Bahkan, Islam dianggap tidak mampu membawa kemajuan, sehingga mereka hanya melaksanakan sebahagian sahaja ajaran Islam dan meninggalkan sebahagian besar yang lain, khususnya urusan mentadbir negara yang menjadi amanah besar daripada Allah.
Langkah ini merupakan langkah yang sama dilakukan oleh kaum Yahudi Ahli Kitab.
Bahkan, negara Arab dan berjenama Islam ini memberikan tempat di buminya untuk membina pangkalan tentera musuh yang kini bersama Zionis Israel, sedangkan Allah telah mengatakan bahawa merekalah yang paling bermusuh terhadap umat Islam. Firman Allah SWT:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٨٢
“Sesungguhnya, kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik. Dan sesungguhnya, kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, ‘Sesungguhnya, kami ini orang Nasrani.’ Yang demikian itu disebabkan antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.” [Surah al-Ma’idah: 82]
Kaum Yahudi daripada kumpulan Zionis telah merampas tanah suci Palestin dan Masjid al-Aqsa, dengan disokong oleh negara Barat bersama Zionis melalui cara yang paling ganas.
Negara Barat yang menyembah harta dan kuasa (ideologi memuja kebendaan) menjadikannya berhala yang dipuja.
Walaupun beragama Nasrani, mereka meninggalkan kitab Allah lalu digantikan dengan ciptaan manusia, dan memuja kebendaan, sehingga menjadi sebahagian daripada golongan Musyrikin. Hal ini demikian kerana, firman Allah SWT:
أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَـٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١
“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah), tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya, orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.” [Surah al-Syura: 21]
Mereka merupakan golongan Musyrikin baharu bersama Yahudi Zionis dalam pasukan Ahzab (bersekutu) untuk memusuhi Islam.
Di sana ada juga kalangan bukan Islam yang berperikemanusiaan mengutuk Zionis dan penyokongnya kerana kezalimannya yang melampau.
Mereka terdiri daripada kalangan negara-negara Amerika Latin, Afrika, Asia, Amerika dan Eropah yang tidak menyokong Amerika Syarikat dan Zionis dalam peperangan terkini.
Malangnya, tentera bersekutu (Ahzab) menggunakan pangkalan-pangkalan mereka di negara Arab dan Islam bagi menyerang Republik Islam Iran yang bersama kumpulan Islam Palestin daripada mazhab Sunni, Syiah dan Ibadi atas alasan mazhab dan perkauman.
Adapun bala tentera bersekutu (Ahzab) menyerang semua yang bergelar Islam tanpa memilih bangsa dan mazhab.
Hal ini menunjukkan perang yang berlaku adalah antara Islam dan bukan Islam, bukan antara bangsa ataupun mazhab.
Para ulama’ bersepakat bahawa semua mazhab Islam itu adalah Ahli Kiblat yang bersama rukun dan dasar Islam.
Maka, semuanya wajib bersatu menentang musuh yang sama sehingga peringkat fardu ain, kerana Islam sedang berada dalam keadaan bahaya.
Islam wajib memerintah dunia dan menundukkan segala ajaran yang lain, sama ada yang bernama agama ataupun ideologi. Firman Allah SWT:
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama meskipun orang musyrik membenci.” [Surah al-Saff: 9]
Allah mewajibkan umat Islam agar menentang semua kumpulan bukan Islam dan munafiq yang bertopengkan Islam. Firman Allah SWT:
يَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ مَا قَالُواْ وَلَقَدۡ قَالُواْ كَلِمَةَ ٱلۡكُفۡرِ وَكَفَرُواْ بَعۡدَ إِسۡلَٰمِهِمۡ وَهَمُّواْ بِمَا لَمۡ يَنَالُواْۚ وَمَا نَقَمُوٓاْ إِلَّآ أَنۡ أَغۡنَىٰهُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ مِن فَضۡلِهِۦۚ فَإِن يَتُوبُواْ يَكُ خَيۡرٗا لَّهُمۡۖ وَإِن يَتَوَلَّوۡاْ يُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ عَذَابًا أَلِيمٗا فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَمَا لَهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٖ ٧٤ وَمِنۡهُم مَّنۡ عَٰهَدَ ٱللَّهَ لَئِنۡ ءَاتَىٰنَا مِن فَضۡلِهِۦ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ٧٥ فَلَمَّآ ءَاتَىٰهُم مِّن فَضۡلِهِۦ بَخِلُواْ بِهِۦ وَتَوَلَّواْ وَّهُم مُّعۡرِضُونَ ٧٦ فَأَعۡقَبَهُمۡ نِفَاقٗا فِي قُلُوبِهِمۡ إِلَىٰ يَوۡمِ يَلۡقَوۡنَهُۥ بِمَآ أَخۡلَفُواْ ٱللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ ٧٧ أَلَمۡ يَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ سِرَّهُمۡ وَنَجۡوَىٰهُمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ عَلَّـٰمُ ٱلۡغُيُوبِ ٧٨
“Mereka (orang-orang munafiq itu) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Sesungguhnya, mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya, dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali kerana Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan kurnia-Nya kepada mereka. Maka, jika mereka bertaubat, itu lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan akhirat; dan mereka sekali-kali tidaklah mempunyai pelindung dan tidak pula penolong di muka bumi. (74)
“Dan antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah, ‘Sesungguhnya, jika Allah memberikan sebahagian kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh.’ (75)
“Maka, setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian daripada kurnia-Nya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran). (76)
“Maka, Allah menimbulkan kemunafiqan dalam hati mereka sampai pada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan juga kerana mereka selalu berdusta. (77)
“Tidakkah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib? (78)” [Surah al-Tawbah: 74-78]
Maka, sahutlah seruan Allah yang mengandungi janji yang benar tentang kemenangan di dunia dan akhirat!
Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣
“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu daripada azab yang pedih? (10)
“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (11)
“Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (12)
“Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (13)” [Surah al-Saff: 10-13]
Adapun mereka yang kuat Islam dan imannya daripada semua mazhab dan bangsa, semuanya bangkit berjihad menyahut seruan Allah dengan gagah berani.
Sebaliknya, kalangan yang munafiq bersama musuh dan yang lemah imannya berdosa besar kerana tidak menyahut seruan Allah. Firman Allah SWT:
وَإِذۡ قَالَت طَّآئِفَةٞ مِّنۡهُمۡ مِّنْهُمْ يَـٰٓأَهْلَ يَثۡرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمۡ فَٱرۡجِعُواْۚ وَيَسۡتَٔۡذِنُ فَرِيقٞ مِّنۡهُمُ ٱلنَّبِيَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا عَوۡرَةٞ وَمَا هِيَ بِعَوۡرَةٍۖ إِن يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارٗا ١٣
“Dan (ingatlah) ketika segolongan antara mereka berkata, ‘Wahai penduduk Yathrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu.’ Dan sebahagian daripada mereka meminta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata, ‘Sesungguhnya, rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga).’ Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanya hendak melarikan diri daripada berjihad dan berdosa besarlah ditimpa kemurkaan Allah.” [Surah al-Ahzab: 13]
Kini, umat manusia diuji oleh Allah dalam kehidupan dunia, khususnya ujian harta dan takhta, serta akal dan nafsu kurniaan Allah, yang dijanjikan melalui firman-Nya:
تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢
“Maha Suci Allah yang di tangan-Nya sahajalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1)
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)” [Surah al-Mulk: 1-2]
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
