Khutbah Jumaat: Jangan Terpengaruh Dengan Orang Munafik

Khutbah Jumaat: Jangan Terpengaruh Dengan Orang Munafik

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، الۡبَدۡرُ الدُّجَىٰ وَالسِّرَاجُ المُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَىٰ حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، الرَّحۡمَةِ الۡمُهۡدَاةِ وَالنِّعۡمَةِ الۡمُسۡدَاةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُۥ. أَمَّا بَعۡدُ:
فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى. فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُون

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah.

Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudaraku Muslimin yang dirahmati Allah.

Marilah kita mendengar peringatan daripada Allah SWT yang berfirman:

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا لَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

Maksudnya: “Sampaikanlah Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.”
(an-Nisa’: 138-139)

Ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ yang menjadi petunjuk kepada umat Islam sehingga hari kiamat.

Al-Quran adalah petunjuk Allah sehingga hari kiamat.

Ia diturunkan ketika Rasulullah ﷺ berada di dalam masyarakat majmuk di Madinah, bergaul dengan orang-orang Yahudi dan Kristian musyrikin yang bukan Islam dengan tujuan untuk memperkenalkan Islam kepada mereka serta mengajak mereka masuk Islam atau mereka bersedia tunduk di bawah kerajaan Islam yang adil, menyedar dan menginsafkan mereka.

Adapun kemuliaan dan kemenangan adalah janji Allah SWT yang Maha Kuasa.

Di dalam kalangan ramai masyarakat Madinah itu ada golongan munafik yang berpura-pura menjadi orang Islam.

Mereka hadir ke masjid, mendengar khutbah dan ucapan nabi ﷺ, menunjuk-nunjukkan diri mereka adalah orang Islam secara pura-pura.

Di dalam masa yang sama mereka tidak percaya kepada hari akhirat, tidak percaya kepada dosa dan pahala; hanya mencari kesenangan dunia semata-mata.

Mereka menganggap seolah-olah kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT adalah suatu angan-angan.

Adapun orang-orang yang beriman percaya kepada Allah bukan sahaja tuhan yang layak disembah, bahkan tiada tuhan yang lain daripada-Nya.

Dalam masa yang sama mereka percaya kepada janji dunia dan jani akhirat.

Janji dunia adalah kemenangan Islam, sementara janji akhirat adalah kemenangan yang kekal selama-lamanya di dalam syurga sekiranya bersama dengan Islam.

Semua janji itu tidak dapat dilihat dengan mata.

Orang-orang munafik hanya percaya apa yang dilihat dengan mata sahaja.

Mereka tidak yakin kepada Islam, menyebabkan mereka bersengkokol dengan orang-orang yang bukan Islam.

Di sana terdapat orang-orang bukan Islam yang merancang untuk menjatuhkan Islam untuk menghalang kemenangan Islam.

Golongan munafik itu bersengkokol dengan kumpulan yang bukan Islam kerana mencari kemenangan dunia.

Dunia sahaja yang dilihat, tetapi janji Allah Yang Maha Berkuasa tidak dapat dilihat.

Ia hanya dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman yang yakin kepada Allah SWT.

Kalangan munafik yang berkeliaran ada di zaman nabi ﷺ, maka sudah tentu di zaman tidak ada nabi lebih ramai lagi orang-orang munafik ini, yang berpura-pura bersama orang-orang Islam.

Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka dengan menzahirkan apa yang ada di dalam hati perut mereka.

Mereka merasakan hanya bersengkokol dengan orang-orang kafir dan musuh Islam sahaja boleh boleh mencapai cita-cita di atas dunia ini, tidak ada cita-cita baginya dihari akhirat.

Allah mengingatkan orang-orang yang beriman supaya jangan terpengaruh dengan orang-orang munafik kerana yang maha berkuasa ialah Allah SWT, janji Allah adalah benar, Allah tidak sekali-kali tidak memungkiri janji-Nya sehingga hari kiamat yang kekal abadi.

أَعُوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَانِ ٱلرَّجِيمِ

يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ ۚ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Mereka berkata: “Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, benar-benar orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah dari padanya”. Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tiada mengetahui.”

(al-Munafiqun: 8)

بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ.

Khutbah